Label

RAWATAN KESUBURAN

SUDAH menjadi lumrah bagi pasangan berkahwin inginkan cahaya mata. Justeru, peredaran masa setahun demi setahun usia perkahwinan tanpa menunjukkan sebarang tanda kehamilan pasti menimbulkan tekanan kepada pasangan berkenaan.

Pada masa itu, pasangan wanita khususnya akan berasa diri mereka yang bermasalah dan mula berfikiran bukan-bukan sehingga menghadirkan tekanan kepada diri sendiri dan pasangan.

Bagaimanapun, ingin diingatkan, langkah yang sepatutnya diambil pada masa itu bukan menuding jari atau bermenung mengenangkan nasib, sebaliknya berjumpa doktor pakar.

Wanita yang mempunyai pusingan haid tetap dan tepat dengan jarak hari pertama haid dengan hari pertama haid berikutnya tidak kurang dari 21 hari atau tidak lebih dari 40 hari adalah petanda wanita itu mampu menghasilkan telur.

Waktu haid yang pendek bukan petanda wanita itu kurang subur. Wanita yang subur menghasilkan lendir yang putih jernih pada pertengahan pusingan haid dan ini petanda telur sedang membesar dan akan keluar dalam empat atau lima hari.

Jika hubungan kelamin dilakukan kerap dan bermula ketika lendir yang jernih seperti putih telur yang belum masak keluar, kemungkinan untuk kehamilan cerah.

Namun, jika selepas kerap melakukan hubungan seksual ketika dalam waktu subur wanita tetapi tiada tanda kehamilan lebih setahun atau dua tahun, eloklah berjumpa doktor untuk mendapat nasihat selain menjalani pemeriksaan kesuburan.

Suami perlu menjalani ujian air mani untuk mengenal pasti kemampuan menghasilkan sperma dan tahap kesuburan, sama ada sperma cukup bilangan dan aktif.

Jika bilangan sperma atau keaktifannya kurang, ujian air mani perlu diulangi sekali lagi untuk pengesahan kedudukannya. Jika sah ada masalah, ujian susulan perlu dilakukan untuk mengenal pasti sebab masalah itu berlaku supaya rawatan sewajarnya dapat diberikan.

Masalah sperma perlu masa lama untuk pemulihan dan sekurang-kurangnya memerlukan tiga hingga enam bulan rawatan sebelum nampak tanda pemulihan. Justeru, rawatan kesuburan lelaki lebih cerewet daripada wanita.

Wanita perlu menjalani ujian untuk mengenal pasti pengeluaran telur seperti ujian darah untuk menyukat hormon progesterone. Jika tahap hormon itu rendah, ia petanda yang telur tidak keluar atau keluar lewat.

Selain itu, ujian dan pemeriksaan susulan lain perlu dilakukan juga seperti memeriksa status anggota reproduksi sama ada rahim sihat dan salur telur tidak tersumbat.

Pemeriksaan ini boleh dilakukan dengan cara x-ray anggota reproduktif wanita yang dikenali sebagai HSG atau Hi Sterosalpingogram. Jika ujian itu tidak mendatangkan hasil, pemeriksaan susulan pembedahan kecil dengan menggunakan alat peneropong yang dikenali sebagai 'laparoscope' perlu dilakukan.

Apabila kedudukan telur dan salur reproduktif wanita itu dikenal pasti, baru rawatan sewajar diberi dan jika perlu, rawatan canggih seperti penyemaian sperma dalam rahim atau IUI dan bayi tabung uji (IVF) dilakukan.

Pendek kata, pasangan suami isteri perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan jika belum ada tanda kehamilan isteri selepas berkahwin lebih setahun dan selewat-lewat dua tahun. Mendiamkan diri saja dan menunggu macam buah tidah gugur bukan caranya!

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan