Label

SUAMI JAHIL SEKS

KATA orang, apabila dewasa, naluri, nafsu dan syahwat akan mula menjelma, sekali gus menandakan individu itu bersedia untuk berkahwin.

Namun, cuba bayangkan jika lelaki yang dilahirkan istimewa, seperti kekurangan dalam aspek intelektualnya, diaturkan berkahwin. Siapa yang tidak gembira apabila ibu mencarikan pasangan comel. Sudah pasti menimbulkan perasaan geram, tetapi selepas berkahwin setahun atau dua kemudian, isteri membawa diri dan minta diceraikan.

Ini kerana sejak berkahwin suami tidak pernah melakukan persetubuhan, hanya sentuhan. Kemungkinan suaminya tidak tahu melakukan hubungan seksual atau mengalami mati pucuk prima.

Jika ditinjau lelaki yang mengalami masalah berkenaan, profilnya seperti berikut:

Dia tidak pernah mencapai ereksi secara spontan atau tidak pernah mengenali apa itu ereksi sejak dilahirkan. Justeru, dia tidak tahu apa itu ereksi.

Hanya yang dia tahu zakarnya kadangkala membesar sesekali waktu bangun tidur. Mungkin keluarganya dapat melihat ereksinya ketika dia nyenyak tidur dan menganggap perkara itu petanda dia sihat. Namun, ereksi itu ialah 'ereksi refleksi' ketika lelaki tidur nyenyak yang menandakan fungsi zakar sihat.

Untuk menggunakan zakar ketika bersetubuh, minda perlu terangsang dan mesej perlu sampai ke zakar supaya salur darah otot zakar mengembang.

Jadi macam mana hendak melakukan hubungan seks dengan pasangan, sedangkan dia tidak pernah mencapai ereksi. Jika ini berterusan dan tiada tindakan diambil, lambat laun hubungan suami isteri menjadi hambar.

Laporan Kes

Saya pernah memeriksa lelaki yang lembab mentalnya, tetapi pandai memainkan tanggungjawab sebagai suami penyanyang. Perkahwinannya atas pilihan keluarga.

Selepas berkahwin dua tahun, isteri mengadu kepada ibu mertua yang suaminya tidak pernah melakukan persetubuhan, hanya pegangan dan pelukan intim. Perkara itu dimaklumkan kepada bapa suami yang akhirnya membuat temujanji dengan saya kerana mengesyaki anaknya mati pucuk.

Mengikut isterinya, suaminya tidak pernah mencapai ereksi sewaktu bersentuhan badan, tetapi ketika tidur ereksi spontan kerap berlaku. Bagaimanapun, setiap kali suami tersedar ereksi terputus begitu saja.

Pemeriksaan awal menunjukkan dia gemar perempuan dan kasih kepada isterinya. Dia diberi tunjuk ajar cara menggunakan ereksi untuk bersetubuh. Bimbingan itu akhirnya berjaya mengatasi masalah mereka dan kini memperoleh anak.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan