Label

PETANDA SALUR KENCING LUKA

Soalan

SAYA ingin tahu mengapa air mani saya berwarna gelap seperti bercampur darah. Saya berusia 24 tahun dan belum berumahtangga. Saya sering minum kopi Tongkat Ali untuk menambah tenaga ketika bekerja. Adakah ini menyumbang kepada keadaan air mani berkenaan?

AZMI
Kuantan

Jawapan

Warna air mani campuran jernih putih kelabu dan sedikit kekuningan.

Ini kerana campuran cecair daripada beberapa pundi yang menghasilkan air mazi yang bercampur, menjadikan air mani.

Jika warna air mani bertukar kepada kuning pekat, itu tanda jangkitan tetapi kehijauan itu menandakan jangkitan kuman parasit 'Pseudomonas' manakala coklat atau kemerahan atau 'gelap' itu akibat campuran sel darah merah.

Jika ada darah, ia mungkin petanda kelukaan dalam salur kencing atau pundi-pundi yang menghasilkan air mazi seperti pundi cowper, prostat atau seminal. Kadangkala keradangan pundi prostat boleh menghasilkan air mani yang berwarna gelap.

Memang mustahak lelaki itu merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan jika ada jangkitan pundi prostat bagi membolehkan rawatan sewajar perlu supaya jangkitan itu reda dan air mani pulih warnanya.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan