Label

ISTERI 'SERIAU'

Cabaran yang sering dihadapi pasangan baru mendirikan rumah tangga

MENJADI lumrah lelaki yang berkahwin untuk memberi layanan nafkah zahir dan batin kepada isteri dan begitu juga sebaliknya. Namun perlu diingatkan, layanan itu hanya sebahagian daripada tanggungjawab kerana perkahwinan merangkumi banyak perkara lain.

Dalam aspek hubungan seksual, lelaki dan wanita yang pertama kali melakukan persetubuhan pasti menempuh pelbagai cabaran.

Saya menerangkan proses ini secara terperinci kerana banyak pasangan sekarang gagal dalam hubungan seks pada awal perkahwinan tetapi malu untuk mendapatkan rawatan perubatan, sebaliknya mengambil jalan mudah dengan bercerai.

Ada juga yang berjumpa tukang urut dan pengamal perubatan tradisional, mengakibatkan masalah menjadi lebih kronik.

Nasihat saya, dapatkan rawatan moden. Berjumpalah doktor keluarga dan jika tiada perubahan positif, rujuk kepada pakar Urologi yang pakar dalam rawatan syahwat lelaki.

Berbalik kepada cabaran seksual pada awal perkahwinan, dalam melaksanakan hubungan itu, suami perlu memasukkan ereksi kepada anggota sulit pasangan dan pasangan pula memainkan fungsi dengan menyenangkan kemasukan itu.

Kadangkala keadaan menjadi kelam kabut apabila suami mencapai klimaks sebelum memasukkan ereksi atau isteri terasa 'seriau' dan kaku sehingga pembukaan faraj tertutup (vaginismus).

Apabila pasangan mengenal pasti masalah yang berlaku dan cuba mengatasinya, keadaan menjadi lebih tenteram dan hubungan kelamin menjadi sempurna. Namun, ada masanya suami belum sampai ke tahap pemulihan walaupun pasangan wanita sudah bersedia.

Ini mungkin berlaku apabila suami kurang keyakinan diri. Perasaan gementar dan kurang yakin akan mengakibatkan pencapaian ereksi tergendala. Oleh itu, ereksi menjadi kurang tegang dan daya kawalan ejakulasi hilang. Ini bermakna cepat klimaks boleh berlaku.

Perasaan gementar mengakibatkan pengeluaran hormon adrenalin yang mengganggu perjalanan darah ke dalam otot anggota sulit lelaki dan mengurangkan tahap ereksi. Perasaan berdebar mengakibatkan kawalan ereksi hilang dan klimaks berlaku cepat.

Hubungan seksual ialah satu-satunya hubungan yang menyeronokkan pasangan kelamin, sekali gus meningkatkan lagi hubungan mesra antara mereka.

Bersentuhan secara intim meningkatkan keyakinan diri dan dalam keadaan terangsang, perjalanan darah ke dalam anggota syahwat menjadi bergelora.

Bagi lelaki, ereksi tercetus dan menjadi lebih padat, manakala bagi wanita pula otot anggota kemaluan menjadi lega, terkawal dan corong kemaluan lembap serta licin.

Suami boleh mengekalkan ereksi dengan 'mengemut' untuk memantapkan otot lantai pelvik dan memastikan pergerakan ereksi dalam kawalan otot kemut. Wanita pula perlu melegakan otot kemut supaya jalanan corong faraj lega dan selesa untuk kedua-dua pasangan.

Mereka tidak perlu terburu-buru dan lakukan gerakkan badan mengikut keselesaan dan ketenangan. Lelaki yang ereksinya sukar kekal lama mungkin mengalami masalah gangguan ereksi dan perlu berjumpa doktor.

Apabila lelaki itu tahu cara mengekalkan ereksi ke tahap padat, terutama melalui senaman kemutan atau dengan memakan ubat yang dapat membantu kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar, mungkin masalah lemah syahwat dan cepat klimaks dapat diatasi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan