Label

SETAHUN TIDAK MERASAI NIKMAT

Soalan

SAYA menghadapi masalan pancutan air mani. Sama ada ia keluar ketika mengadakan hubungan seks dengan isteri atau menerusi onani, tidak terasa nikmatnya. Namun, pada masa sama ia juga tidak sakit.

Untuk makluman, saya berusia 29 tahun dan baru dua tahun berkahwin serta mempunyai seorang anak. Yang menghairankan ialah, masalah ini berlarutan sejak kira-kira setahun lalu.

SHAHRIN
Rawang

Jawapan

Ejakulasi untuk lelaki berlaku hasil daripada kemuncak perasaan syahwat akibat rangsangan anggota seksual secara terus atau anggota tubuh badan lain yang menaikkan rasa berahi.

Malah bagi lelaki, kemuncak perasaan syahwat boleh berlaku dengan rangsangan mental, seperti melalui khayalan seksual dan boleh berlaku juga jika lelaki itu terangsang dengan apa cara sekalipun, termasuk bauan mengghairahkan.

Jadi lelaki yang mempunyai badan sihat, fungsi anggota seksual yang cergas dan kesihatan mental yang mantap mampu menghayati tahap keghairahan syahwat yang menggalakkan.

Dalam keadaan letih, lesu dan tahap hormon Testosterone atau hormon kelelakian menurun serta tanpa tumpuan ketika melakukan hubungan seksual, tentu kualiti kemuncak tidak seperti diinginkan.

Selain itu, tekanan atau stres juga boleh menyebabkan kualiti ejakulasi tercabar. Saudara perlu amalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman berkala supaya ada stamina untuk bersama pasangan.

Selain itu, makan makanan seimbang dan elak kenaikan berat badan kerana badan yang ringan mudah bergerak aktif tanpa keletihan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan