Label

GETAH PENAMBAT SATU ALTERNATIF

Soalan

SAYA berusia 32 tahun dan berumahtangga hampir tiga tahun dan ada dua anak.

Masalah yang saya hadapi ialah cepat klimaks dan lambat ereksi untuk kali kedua.

Saya malu untuk berjumpa doktor, tetapi kali ini saya nekad mendapatkan nasihat dan berjumpa pakar.

SHAHIZAN
Johor Bahru

Jawapan

CEPAT klimaks menjadi tekanan apabila pasangan tidak puas dan diri sendiri pun berasa begitu. Ini berlaku apabila selepas ejakulasi, zakar hilang ketegangan manakala jika ereksi hanya kekal seketika turut memberi hanya sedikit kepuasan.

Perkara biasa yang akan dilakukan lelaki ialah mendapatkan tip daripada rakan. Tidak hairan jika kaedah mengurut, guna segala minyak, krim atau gambir Sarawak digunakan, sedangkan semuanya tidak memberi kesan, malah boleh memudaratkan lagi.

Menambat zakar ketika ereksi dengan getah penambat memang satu alternatif. Getah ini dijual di pasaran. Ada yang diimport dari China dan beberapa negara lain. Kini, ada getah penambat zakar buatan Malaysia yang dikenali sebagai cincin Kanda.

Getah ini dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal jika pemakainya menumpukan perhatian kepada getah itu ketika menggerakkan ereksi dalam faraj pasangan. Apabila tumpuan lari, kawalan tiada lagi menyebabkan ejakulasi awal berlaku.

Sehubungan itu, pemakai cincin ini perlu tahu cara untuk menggunakannya supaya dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal.

Jika dengan penggunaan alat ini masih tiada apa-apa perubahan, lebih baik berjumpa doktor.

Saya boleh dihubungi di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan