Label

USIA PENGARUHI PANCUTAN

KEKUATAN ejakulasi atau pancutan air mani ke dalam faraj tidak mempengaruhi kebarangkalian kehamilan. Ini kerana, sama ada kuat atau perlahan, kehamilan akan tetap berlaku jika air mani berjaya masuk ke dalam faraj.

Daya pancutan akan berkurangan apabila seseorang itu semakin tua atau hubungan seks diulangi beberapa kali dalam tempoh singkat, sekali gus menyebabkan sistem ejakulasi menjadi kurang mantap.

Air mani lelaki mengandungi cecair pundi Prostat, Seminal, Cowpers, Epidimis dan sebahagian kecil cecair pundi Mukosa atau salur kencing serta pundi Littres. Sperma hanya tiga hingga lima peratus daripada isipadu air mani.

Pundi yang banyak memberi kandungan kepada air mani ialah pundi Prostat membabitkan kira-kira 60 peratus daripada isi padu air mani, Seminal (30 peratus), Cowpers (1-2 peratus) dan Epidimis (1-3 peratus).

Keempat-empat pundi ini mempunyai kesamaan dengan hormon Testosterone kerana perlu ada dalam tahap tinggi. Justeru, apabila tahap hormon Testosterone menurun, fungsi semua pundi berkenaan menjadi kurang lancar dan kandungan air mani turut berkurangan.

Bagaimanapun, jika tahap hormon Testosterone meningkat, pundi berkenaan menjadi lebih terangsang dan menghasilkan cecair yang banyak, sekali gus bermakna pengeluaran lebih banyak air mani berlaku.

Berkaitan kekurangan air mani apabila usia semakin lanjut, ia ada kaitan dengan penurunan hormon Testosterone kerana hormon itu mula 'menjunam' apabila lelaki mencapai usia 30 tahun.

Penurunannya ialah sekitar 1-2 peratus setahun. Apabila lelaki memasuki usia 40-an, tahap hormon menjadi lebih kurang. Apabila ia berlaku, air mani menjadi berkurangan dan tahap kemuncak juga menurun, walaupun ada kemampuan melakukan hubungan seksual.

Untuk mengetahui sama ada tahap hormon rendah, mustahak untuk lelaki itu menjalani ujian darah. Kajian klinikal yang pernah dilakukan ke atas Tongkat Ali mendapati herba yang popular di negara ini dapat meningkatkan hormon Testosterone semula jadi lelaki.

Bagaimanapun, herba itu terpaksa melalui proses dan campuran tertentu seperti larut di dalam air yang mengandungi Eurypeptides.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan