Label

PEDIH PADA SALURAN KENCING (SAKIT TUAN)

SUDAH sebulan saya berasa sakit di saluran air kencing. Ia terasa sakit apabila alat kelamin menegang dan ketika memegang bahagian itu, kadangkala ia pedih sedikit sebelum kembali lembut. Adakah masalah ini satu penyakit dan adakah ubat untuk menyembuhkannya?

JEJAKA BERMASALAH
Kuala Lumpur

SALUR kencing lelaki bermula dari penghujung pundi kencing merentasi tisu lembut zakar sehingga ke pembukaan lubang air di penghujungnya.

Salur kencing lelaki lebih panjang berbanding perempuan. Panjangnya lebih kurang 20 sentimeter dan menjadi jalan keluar air kencing dan air mani.

Lapisan mukosa salur kencing lelaki mengandungi pepundi yang menghasilkan cecair jernih 'mucus' bagi melindungi salur kencing daripada tekanan air kencing selain membantu melancarkan pengeluaran air mani.

Jangkitan salur kencing mengakibatkan radang salur kencing serta menyakitkan ketika membuang air kecil dan ketika berlaku ereksi.

Keradangan itu boleh menular ke pembukaan lubang kencing. Jika bahagian pembukaan lubang kencing saja yang sakit, kemungkinan hanya bahagian itu yang radang.

Selain jangkitan, tekanan kepada bahagian itu juga boleh menyebabkannya radang dan sakit. Tekanan yang dimaksudkan ialah onani atau menyental bahagian penghujung zakar.

Jadi mustahak untuk anda menghentikan tabiat onani dan merujuk kepada doktor untuk meneliti pembukaan lubang kencing jika ada tanda jangkitan.

Jangan biarkan keradangan itu berlarutan kerana bahagian itu boleh mencerut atau menyempit (stricture) hingga menyukarkan pengeluaran air kencing kelak.

Tanpa pemeriksaan doktor, anda jangan sesekali menggunakan ubat sembarangan untuk merawatnya kerana ini akan memudaratkan lagi keadaan. Segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajarnya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

13 ulasan:

  1. nak tanya kalau pedih kat hujung2 lubangnya zakar tengah habis kencing kenapa ye

    BalasPadam
  2. Nak tanya, kalau air kencing bertukar pada warna kuning, bila kencing sakit,
    Dan kemerahan di hujung zakar. Dan badan sering gatal,
    Kenapa ye,,

    BalasPadam
  3. Zakar merah2..pastu rasa panas..bila buat hubungan sek..kemerahan terjadi..

    BalasPadam
  4. Semasa kencing pedih kenapa ye?

    BalasPadam
  5. Kalau hujung lubang kencing pedih bila nak habis kencing tu sebab apa ya? Tapi lepas tu dah tak sakit

    BalasPadam
  6. Kepala zakar die gtal2 pas 2 melecet kenapa.je da 2 bln xhilang

    BalasPadam
  7. Sy juga alami yg sama, rasa x selesa di hujung dlm saluran kencing. Muncul tnda kemerahan berserta tompok kuning bkn nanah. Antibiotics pun x berkesan

    BalasPadam
  8. Boleh share no tel pakar x utk rujukan, hospital biasa x handle dgn serius masalah spt ini. Kesemuanya nk cpt cek x sampai 5 minit dan suruh ambil ubat. Ada pegawai perubatan yg lgsung x tgk pun sbb apa x pasti.

    BalasPadam
  9. Saya rasa pedih dekat bahagian tepi batang konek tapi bila kencing tak sakit bila tahan kencing sakit sangat rasa pedih kadang bila duduk terasa macam keluar air kencing sedikit penyakit apakah itu doktor?? Tolong bantu saya

    BalasPadam
  10. Nak Tanya kenapa setiap Kali main.. pastu time nak shot.. dah nak kuar. Dye datang rasa pedih dekat kepala kemaluan.. air kluar tapi dlm Masa sama pedih.. sblom keluar xperih..

    BalasPadam
  11. Kemaluan saya pedih kenapa ya

    BalasPadam