Ubah suai rupa, bentuk, saiz tanpa merujuk pakar boleh sebabkan kecacatan, kerosakan
Tiada yang sempurna di dunia ini walaupun Tuhan menciptakan manusia itu sebaik-baik makhluk-Nya.
Dalam masalah sakit tuan juga, pelbagai perkara mengenai zakar menghantui sesetengah individu. Malah, ada individu mempunyai zakar besar dan panjang, tidak kurang juga memiliki zakar kecil dan pendek. Ada juga lurus dan ada juga yang membengkok.
Ini semua ciptaan Tuhan. Namun, ada juga yang menjadi seperti itu akibat kecuaian kita menjaga 'aset' penting seorang lelaki.
Di sini, saya ingin sekali lagi memberi penerangan mengenai zakar lelaki yang bengkok atau tidak lurus.
Apabila zakar berbentuk luar biasa, sama ada melengkung, bengkok atau ada benjol atau ketulan yang membuatkannya bengkok dan mungkin terlalu besar, tentu hubungan kelamin dengan pasangan memberikan masalah tertentu.
Bentuk luar biasa itu mungkin akibat semula jadi atau kecederaan lama yang membuatkan parut di dalam zakar menjadi keras dan menarik tisu zakar dan membuatkannya melengkung.
Ia juga mungkin akibat 'mengubahsuai' melalui suntikan dengan minyak atau silikon dengan tujuan membesarkan zakar atau akibat menanam bebola atau serpihan plastik di bawah kulit.
Masalah zakar bengkok yang berlaku dari peringkat kanak-kanak biasanya kelihatan pada peringkat awal remaja kerana kecacatan, boleh dipulihkan dengan pembedahan plastik yang biasa dilakukan dalam peringkat kanak-kanak.
Rawatan susulan diberi apabila kanak-kanak itu masuk ke peringkat remaja dan jika masih ada saki-baki kecacatan, ia akan diperbetulkan.
Misalnya, kanak-kanak yang mempunyai pembukaan lubang kencing di pertengahan batang zakar, bahagian penghujung akan bengkok (keadaan yang dikenali sebagai Chordee).
Kecacatan bentuk zakar yang berlaku akibat kecederaan seperti kesan urutan atau zakar patah atau 'fracture penis' boleh diperbaiki melalui pembedahan plastik atau dengan menggunakan alat regangan otot zakar.
Rawatan dengan pemberian ubat-ubatan hanya untuk mengurangkan keradangan dan membantu pemulihan tisu. Selain itu, tiada ubat boleh meluruskan zakar secara 'magis'.
Kaedah urutan untuk memperbaiki zakar cacat pula pendekatan berbahaya kerana boleh merosak atau memberatkan lagi masalah selain boleh mengakibatkan mati pucuk serius. Urutan bukan satu pilihan dalam pemulihan zakar bengkok atau melengkung.
Rawatan tanpa pembedahan untuk zakar yang melengkung ialah dengan menggunakan alat regangan.
Alat regangan zakar yang diuji kaji daripada aspek reka bentuk dan material digunakan selain menjalani ujian klinikal dan didapati selamat dan mesra pengguna ialah yang dikeluarkan syarikat Andromedical (www.andromedical.com).
Alat ini sudah ada di pasaran Asia sejak 12 tahun lalu dan memasuki negara kita 10 tahun. Ia ringan, bahan digunakan selesa dan berdaya tahan serta tiada kegagalan mekanikal.
Memandangkan kegunaan alat ini perlu pemantauan, ia perlu dibeli daripada farmasi atau pakar yang fasih dalam pengendaliannya.
Kini ada banyak alat ciplak dengan pelbagai nama dan jenama yang boleh memudaratkan pengguna. Pembaca kolum ini perlu berwaspada jika mahu mencuba alat atau cara membabitkan penggunaannya kepada zakar.
Jangan sampai masalah zakar bengkok atau kecil menjadi ketara kerana malu merujuk doktor atau pakar.
Masalah berkaitan rupa, bentuk dan ukuran zakar perlu rujukan doktor untuk kepastian. Merujuk kepada orang yang tidak bertauliah seperti tukang urut, penjual ubat, tabib atau bomoh boleh memberatkan lagi masalah itu, lebih-lebih lagi jika anda merawatnya secara sendiri, membeli ubat atau apa-apa kaedah melalui internet.
Anda cuma ada satu anggota kelamin dan ia tiada galang gantinya. Jika ingin berjumpa saya, sila e-mel kepada dr_tambi@yahoo.com.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan