Label

RAMAI LELAKI PENING (SAKIT TUAN)

HUBUNGAN seksual memberi keseronokan dan kenikmatan kepada pasangan yang melakukannya. Namun bagi sebilangan lelaki dan perempuan, perkara sebaliknya berlaku. Paling ketara dan sering berlaku ialah sakit kepala sejak mula melakukan seks sehingga mencapai klimaks.

Sebilangan mereka yang mengalaminya mendapati ia berlaku secara spontan dan ada kalanya tidak berlaku jika seks dilakukan secara 'dingin' atau kurang hangat.

Ada juga individu hanya pening ketika melakukan onani, tetapi tidak ketika bersetubuh. Bagaimanapun, mereka yang mengalami pening ketika melakukan seks perlu faham masalah itu secara mendalam supaya tahu mengendalikannya.

1) Siapa mengalami pening ketika melakukan seks?

- Pening ketika seks boleh berlaku, tetapi lebih kepada individu berumur 20-an dan antara umur 35-45 tahun.

- Lelaki tiga kali lebih kerap mengalami pening ketika seks berbanding perempuan.

- Pening ketika seks mudah berlaku ketika klimaks lelaki, berbeza daripada klimaks wanita.

- Pening ketika seks lebih kerap berlaku kepada individu yang menghidap 'migrain' atau pening dikenali sebagai 'tension headache'.

2) Kenapa pening berlaku? Seks boleh menyebabkan pelbagai jenis pening.

- Ketika orgasma berlaku, pening ketara boleh terjadi akibat cengkaman saluran darah kecil dalam otak dan mereka yang migrain kerap mengalami pening sebegini. Kesakitan biasanya kurang sejam atau hilang selepas 10 minit atau berterusan beberapa jam. Pening ini jenis mencengkam, berdenyut atau mencucuk.

- Yang kurang berlaku ialah pening yang membina apabila rangsangan seksual bergelora, sebilangan mereka yang mengalaminya merasa cengkaman, denyutan dan tegangan ringan di belakang kepala. Ini mungkin disebabkan cengkaman keterlaluan kepada otot belakang leher.

- Jika mengalami penyakit migrain, anda akan dapati seks boleh mencetuskan serangan migrain. Pening sebegini sama dengan pening migrain biasa dan ia biasa berlaku selepas selesai seks dan bukan ketika seks. Jadi anda boleh makan ubat migrain sebelum melakukan seks.

- Sebilangan mereka yang mengalami pening ketika seks hanya mengalami pening jenis sama tapi kebanyakan mereka mengalami pening yang meningkat mengikut kehangatan rangsangan seksual yang diakhiri dengan pening yang menyakitkan.

Pening ini berlanjutan berminggu-minggu yang kesudahannya hilang seketika sebelum kembali. Ada pening ketika seks akibat pengambilan ubat pelancar darah untuk mengatasi mati pucuk seperti ubat Viagra, Cialis, Levitra dan Zydena dan secara kebetulan, pening kepala ialah satu daripada kesan sampingan ubat itu.

3) Apa anda boleh buat mengenainya?

- Jika mengalami pening ketika klimaks seksual, anda perlu berjumpa doktor untuk mengenal pasti sama ada ia memberi kesan negatif. Jika perlu, doktor boleh cadangkan ujian imbasan otak dan memberi ubat sewajarnya untuk mengawal sakit kepala ketika klimaks.

- Jika hanya mengalami denyutan di belakang kepala, ini mungkin kerana cengkaman otot belakang leher. Anda boleh dapat kelegaan dengan mengurut atau dapatkan ubat untuk melegakan otot leher daripada doktor. Melegakan otot secara urutan dapat membantu melegakan pening ketika seks.

- Anda juga boleh mengawal peningkatan rangsangan seksual supaya pening yang anda alami tidak meningkat secara mendadak. Cara ini dapat membantu lebih 50 peratus lelaki yang mengalami pening ketika seks.

- Sebilangan lelaki mudah mengalami pening ketika melakukan seks apabila melakukannya ketika letih atau dalam keadaan tertekan atau melebihi kemampuan. Kadangkala posisi tertentu atau menukar posisi boleh mencetuskan pening ketika beraksi. Mereka yang mengalami masalah ini perlu elak situasi yang membuatkan pening berlaku.

- Pening ketika seks mudah dan kerap berlaku apabila kesihatan tidak sempurna, seperti peningkatan berat badan, kurang aktif dan tekanan darah tinggi dan peningkatan kolesterol. Anda perlu mengamalkan gaya hidup sihat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

2 ulasan:

  1. Sakit kepala selepas bersetubuh adalah disebabkan kehilangan nitrolite dalam badan. cara mencegah:
    1. Untuk jangkamasa pendek/terdekat, amalkan minum minuman isotonik yang tidak berkarbonat, seperti GATORADE/ DRIVE/100PLUS EDGE.
    2. Untuk jangkamasa sederhana, amalkan makan VITAMIN & MINERAL. boleh di dapati di farmasi.
    3. Untuk jangkamasa panjang, amalkan makanan buah dan sayuran. :-)

    BalasPadam
  2. Sy perempuan dan ini brlaki kpd sy sejak hari sabtu yg lalu..sampai skrg kesannya masih ada..belum pergi hospital lg..

    BalasPadam