Label

ISTERI RISAU SUAMI CEDERA JEJAS KESUBURAN (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 30 tahun dan berkahwin lebih sebulan lalu. Suami berumur 31 tahun dan pernah mengalami kemalangan dua tahun lalu yang menyebabkan kedua-dua pahanya patah.

Suami kini pulih tetapi masih ada besi dalam kakinya. Apabila kami bersama, suami terlalu cepat mencapai klimaks.

Adakah ini disebabkan kesan besi yang berada dalam kakinya sehingga dia tidak dapat bertahan?

Saya juga pernah mendengar mengenai sperma kurang matang. Saya bimbang tidak dapat hamil jika perkara ini berterusan.

LIN
Kuala Lumpur

CEPAT klimaks menandakan kurang daya kawalan ejakulasi. Jika ereksi kendur selepas ejakulasi, itu tanda kurang daya kawalan ereksi.

Kedua-dua keadaan ini, iaitu ejakulasi dan ereksi adalah fenomena berbeza walaupun ia selari.

Jika daya kawalan ereksi kurang, ereksi kendur selepas mencapai ejakulasi. Jika kawalan baik, ereksi masih kekal walaupun selepas mencapai ejakulasi.

Begitu juga dengan daya kawalan ejakulasi. Jika tidak dapat mengawal perasaan geli di penghujung zakar, ejakulasi tercetus.

Jika itu dapat dikawal, ejakulasi dapat dikawal seketika dan hubungan intim boleh diteruskan. Ini memerlukan kekuatan fizikal dan minda.

Jika pasangan anda mempunyai badan tegap, tiada sebab dia tidak boleh mengawal ereksi. Jika dia membuat tusukan dalam kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot kemut ketika menggerakkan zakar dalam faraj, ereksinya akan kekal, kecuali dia melegakan kemutan itu.

Dengan menggunakan 'kawalan minda', dia boleh melawan perasaan klimaks itu. Semua ini nampak senang tapi memerlukan kemahiran.

Memandangkan suami anda baru berjinak-jinak dengan hubungan kelamin, dia belum ada kemampuan untuk mengawal ejakulasi atau mengekalkan ereksi selepas ejakulasi.

Mungkin apabila mula membiasakan diri dalam persetubuhan dan dengan sokongan puan, dia dapat membaiki situasi itu.

Masalah yang dia alami ini tiada kaitan dengan besi dalam kedua-dua tulang pahanya. Besi itu mustahak untuk meluruskan tulang paha dan mengukuhkan tulang.

Mengenai sperma pula, hanya sperma matang dapat bergerak dan keluar serta berada dalam air mani apabila ejakulasi berlaku. Jadi tiada kemungkinan sperma kurang matang boleh ada dalam air mani.

Anda perlu bersabar dan teruskan hidup bersama suami. Kerapkan bersetubuh kerana amalan ini meningkatkan daya fizikal dan minda, malah ia mencergaskan sistem syahwat. Lagipun, ia dapat meningkatkan kemungkinan kehamilan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan