SAYA sudah berkahwin selama tiga tahun dan mempunyai dua anak. Saya menghadapi masalah haid tidak teratur selepas mengambil suntikan depo.
Saya memulakan suntikan pada Oktober. Haid saya hanya ada pada November dan dalam tempoh 12 hari, haid berhenti dan dua hari kemudian, saya didatangi haid lagi selama 10 hari. Namun selepas seminggu, saya masih mengalami haid.
Saya bingung dan terganggu. Adakah darah yang keluar itu haid atau sejenis penyakit? Ibadat saya juga terganggu kerana saya berasa ragu-ragu. Harap doktor dapat memberi penjelasan.
Untuk makluman, sebelum ini saya mengambil ubat untuk merancang keluarga.
Bingung
Kuala Lumpur
INI mungkin disebabkan kesan sampingan ubat suntikan hormon terbabit. Anda mungkin terlupa penerangan yang diberikan doktor sebelum memulakan kaedah suntikan ini.
Saya pasti doktor anda juga sudah melakukan pemeriksaan am sakit puan. Jika keadaan rahim elok, anda tidak perlulah risau mengenai keadaan ini. Kaedah suntikan hormon depo ini juga salah satu kaedah yang sangat berkesan dan selamat dalam mencegah kehamilan. Tidak salah juga jika anda ingin menjalani pemeriksaan sakit puan sekali lagi.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan