Guna gel bantuan berunsurkan air untuk pelinciran
SAYA berkahwin setahun yang lalu dan kini hamil enam bulan. Semasa kehamilan, saya mengalami masalah ketika bersama suami iaitu walaupun sudah terangsang, kawasan faraj saya tidak basah dan sakit apabila melakukan persetubuhan.
Saya ingin tahu sama ada keadaan ini normal bagi wanita hamil atau masalah lain. Saya bimbang dan kasihankan suami kerana kami jarang dapat meneruskan hubungan intim. Suami pula kasihankan saya kerana sakit ketika bersama. Saya berharap doktor dapat memberi pandangan mengenai masalah ini.
Noor
Kuala Lumpur
KADANGKALA rangsangan yang disangkakan sebenarnya tidak mencukupi. Sepasang kelenjar Bartholin yang terdapat di dalam dinding berhampiran pintu faraj bertanggungjawab menghasilkan cecair pelincir apabila wanita mengalami rangsangan seksual.
Cecair ini disalurkan oleh laluan kecil memasuki ke dalam faraj. Sekiranya salur ini tersumbat, cecair tidak dapat disalurkan, tetapi wanita yang benar mendapat rangsangan seksual mungkin boleh mendapat pembengkakan pada kelenjar Bartholin terbabit sehingga membentuk cyst.
Sekiranya pada kawasan berhampiran pintu faraj anda tidak mempunyai bengkak atau cyst, kemungkinan kelenjar Bartholin anda tidak tersumbat dan mampu menghasilkan cecair terbabit.
Wanita hamil menunjukkan perubahan berbeza. Ada yang merasakan dirinya lebih kerap terangsang secara seksual, ada sebahagian pula yang mendapati dirinya sukar untuk terangsang, malah kurang bernafsu untuk melakukan hubungan seks.
Kadangkala kebimbangan kita terhadap bentuk badan yang dirasakan kurang menarik atau terhadap janin yang dikandung menghalang kita daripada mencapai syahwat berterusan, tanpa kita sedari. Anda boleh menggunakan cecair bantuan misalnya gel berunsurkan air yang dijual di kebanyakan farmasi. Ia dapat membantu pelinciran dan mengurangkan kesakitan dialami.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan