Label

PELAJARI SENI HUBUNGAN (SAKIT TUAN)

Perbincangan penting untuk kekal keghairahan

Masalah hubungan suami isteri adalah perkara subjektif. Ia seharusnya dibawa berbincang dengan pasangan, lebih-lebih lagi jika seorang daripada mereka tidak berasa nikmat hubungan suami isteri.

Masalah ini sebenarnya tidak mengira umur walaupun saya selalu mendapat aduan daripada pembaca berumur awal 40-an.

Hubungan intim seksual antara pasangan halal adalah nikmat dunia yang tiada bandingannya jika mereka tahu memainkan peranan dan berinteraksi.

Dalam pandangan Islam, hubungan suami isteri tiada batasan kecuali bersetubuh ketika isteri haid serta hubungan yang diharamkan seperti liwat atau seks anal. Seks oral boleh dilakukan jika kedua-dua pihak setuju dan selesa melakukannya.

Mungkin pada permulaan untuk mencuba seks penetratif, ada isteri berasa gerun namun lambat laun ia dapat diatasi apabila perasaan negatif dihindarkan daripada minda.

Perasaan malu yang biasa dipamerkan wanita tiada tempatnya dalam hubungan intim suami isteri.

Sudah tentunya yang baik, selesa, mengghairahkan dan yang memberi kepuasan kepada pasangan akan lazim dilakukan.

Bagi sebilangan besar isteri, adegan pemanasan sangat penting dan yang menjadi kegemaran mereka ialah urutan dan belaian erotika iaitu bahagian tubuh yang perlu diurut mengikut selera isteri.

Sebilangan isteri tidak selesa dengan sentuhan terus menerusi ke klitoris kerana ia sangat sensitif. Bagi wanita yang klitorisnya termasuk ke dalam, dia masih dapat merasa sentuhan pada klitoris apabila bahagian berdekatan klitoris iaitu bahagian atas bibir kecil terkena urutan tapak jari.

Isteri perlu memandu suami tempat atau bahagian tubuh badannya yang dia mahukan sentuhan. Ini lebih baik daripada membiarkan suami meneroka tubuh badan secara membuta.

Dalam keadaan selesa dan lega, mudah untuk minda isteri menyelam perasaan syahwatnya untuk menghayati sentuhan intim yang boleh mencetuskan keghairahan dan dengan panduannya, suami boleh lakukan apa yang perlu untuk membawanya ke kemuncak syahwat.

Perasaan syahwat dalam kawalan 'pusat syahwat' berada dalam minda dan ia berada dalam kawalan hormon testosterone. Jika satu ketika wanita mudah teruja dan mencapai klimaks namun kini mudah terganggu, ada kemungkinan tahap hormon testosteronenya meredum.

Ini boleh dikesan melalui ujian darah. Bagi saya, hubungan intim seksual adalah satu seni. Apa-apa seni untuk diceburi, kita perlu tahu langkah awal sebelum memanjangkan langkah seterusnya.

Kita perlu tahu anggota badan yang boleh mencetuskan perasaan ghairah. Bahagian badan yang memberi keghairahan kepada kita dikenali sebagai Zon Erogena (Erogenous Zones).

Apabila bahagian itu mengalami rangsangan, kita akan mencapai kemuncak syahwat iaitu orgasma. Pasangan yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar boleh menghantarkan e-mel kepada saya iaitu dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan