Label

ADIK MURUNG BAHANA ONANI (SAKIT TUAN)

MINGGU lalu, adik lelaki saya dalam keadaan murung, tidak mahu bercakap dan makan. Saya menyedari perubahannya dan selepas diselidiki, dia mengalami masalah pada bahagian alat sulit.

Adik saya mengadu alat sulitnya seolah-olah tidak berfungsi dengan baik, malah tidak aktif seperti biasa. Apabila dirangsang, ia masih juga gagal.

Dia mengaku kerap melakukan onani sejak tiga tahun lalu. Masalahnya, adakah dia berpotensi untuk mati pucuk? Jika ia berpunca daripada perbuatan onani, bagaimana untuk merawat masalah itu?

ANI
Perak

SEJAK kecil, lelaki mula mengenali anggota kelaminnya yang menunjukkan perubahan, iaitu tindak balas apabila disentuh dan tumbesaran secara beransur-ansur ketika mengalami akil baligh.

Ini menyebabkan mereka mula berjinak-jinak dengan rangsangan dan mendapati anggota kelaminnya aktif dan berinteraksi dengan pengeluaran air mani.

Perasaan seronok dan ghairah membuatkan lelaki lazim beronani sehingga merasai perubahan negatif yang mula menyusul selepas mencapai keghairahan.

Mereka mula rasa serba salah kerana perbuatan itu melanggar etika dan hukum agama serta kesal dan tertekan. Bagaimanapun, perasaan ghairah dan seronok terus menghantuinya sehingga kadangkala terpaksa melakukan onani dan sekali lagi menyesal ke atas keterlanjuran itu.

Selepas itu, lelaki mula menilai perbuatan itu dan menyelidik perubahan pada anggota kelaminnya yang kini tidak aktif lagi kerana mengurangkan aktiviti merangsang anggota kelamin sehingga beranggapan anggota itu bermasalah.

Adik anda mula berasa keliru kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan, menyebabkan dia hilang keyakinan dan mula berkelakuan luar biasa.

Inilah personaliti lelaki ketagih onani. Apabila mengurangkan aktiviti itu, dia akan mendapati anggota kelaminnya tidak aktif seperti dulu.

Dia tidak sedar anggota kelamin lelaki secara normal kecil apabila tidak aktif. Jadi perubahan yang berlaku kepada anggota kelaminnya bukan tanda masalah, tetapi normal.

Saudari prihatin mengenai 'masalah' adik, cuma tidak tahu nak buat apa. Tanggapan masalah yang adik saudari alami itu perlu dirujuk kepada doktor adalah tepat sekali. Adik saudari perlu mendapat bimbingan selain menjalani pemeriksaan untuk memastikan masalah dialaminya.

Mati pucuk ialah istilah menggambarkan kegagalan lelaki mencapai tahap ereksi yang mencukupi untuk tujuan persetubuhan.

Jika sudah berpasangan dan kebetulan ada masalah itu, istilah mati pucuk boleh digunakan. Kini dia belum berkahwin dan tidak yakin kemampuannya sebagai lelaki.

Perjumpaan dengan doktor atau pakar berkaitan akan dapat membantunya mengatasi masalah itu, insya-Allah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan