Label

BENJOL, BINTIK BIASA

Soalan

SAYA menghadapi masalah gatal di sekitar bahagian sulit. Ia menjadi sangat gatal pada waktu malam. Ini menjadikan saya kurang selesa ketika melakukan hubungan seks dengan isteri. Di kawasan scrotum dan zakar ada beberapa bisul kecil, manakala kepala serta sekeliling gelang kepala pula ada bintik merah yang sangat kecil.

Adakah ini sejenis penyakit kelamin (STD)? Sejak kebelakangan ini juga nafsu saya menurun, sekali gus membuatkan saya risau kerana tidak dapat menjalankan tugas sebagai suami. Selain itu, di hujung buah zakar ada dua benjolan, menjadikannya kelihatan tidak seimbang. Untuk pengetahuan doktor, saya sudah berkahwin empat bulan tetapi belum ada tanda isteri saya hamil.

FAIZ
Kedah

Jawapan

Penyakit kelamin jarang berlaku dalam hubungan suami isteri jika pasangan itu setia. Justeru, gejala di sekitar anggota kelamin anda tiada kaitan dengan penyakit kelamin. Kemungkinan kegatalan itu akibat jangkitan kulat.

Apabila kulit radang, akan ada bintik kepada kulit seolah-olah macam jerawat atau bisul kecil yang sebenarnya pundi minyak yang salurnya terkandas. Bintik merah di sekeliling kepala zakar ialah 'papili' atau bintik kulit akibat keradangan bahagian itu. Kadangkala kekeringan menyebabkannya kelihatan begitu.

Jika bahagian itu disapu krim pelembap, lama-kelamaan, ia jadi biasa. Mengenai benjolan di bawah buah zakar, ia gelembung semula jadi pada buah zakar. Ini bukan penyakit.

Jika benjolan itu hanya terasa baru-baru ini, perkara itu perlu dirujuk kepada doktor. Jika benjolan itu sudah lama, ia biasa dan bukan penyakit. Mengenai kedudukan buah zakar, sememangnya ia tidak seimbang. Malah, sebahagian besar lelaki mempunyai buah zakar kiri sedikit ke bawah daripada yang kanan. Kurang satu peratus buah zakar berkedudukan seimbang dan yang lainnya buah zakar kanan lebih ke bawah daripada yang kiri.

Semua perkara yang anda nyatakan nampaknya perubahan biasa kecuali kegatalan itu, yang mana anda perlu mendapat rawatan doktor.

Mengenai zuriat pula, jika dalam masa setahun tiada apa-apa, elok anda dan isteri berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

34 ulasan:

  1. saya berumur 16 tahun , saya juga mengalami masalah yang sama tetapi adakah ianya normal bagi umur seperti saya ? hal ini kerana badan saya juga mengalami bintik bintik kecil dan adakah ini adalah simtom simtom penyakit lain ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu tidak mengalami sebarang penyakit. Kemungkinan besar intik bintik itu didatangi apabila anda kerap beronani dan ini boleh embawa padah jika tidak berhentidengan segera. Banyakkan berselawat. Insyallah bintik2 itu akan surut

      Padam
    2. ada ubat tak untuk masalah ini atau hanya bisa selawat sahaja?

      Padam
  2. a'smlkm,saya berumur 18 tahun.saya mengalami 1 benjolan seperti bisol di kepala zakar saya.ianya tidak mempunyai nanah.tetapi ianya berasa gatal dan apabila digaru ianya sakit.adakah itu perkara biasa dan tidak berbahaya?saya bimbang yang saya kena sifilis.

    BalasPadam
  3. En. secret
    salam. saya mempunyai masalah yg hampir same dimana zakar berasa gatal. Tetapi gatal tersebut hanya dirasai selepas memancutkan air mani pd isteri tidak pada awal persetubuhan. keseluruhan zakar sy akan terasa gatal bercampur pedih sehingga sy perlu cepat2 membasuhnya setelah bersetubuh. Saya turut bertanya isteri samada dia mengalami gatal dan pedih yang sama atau mungkin terdapat jangkitan kuman pd saluran faraj. Isteri membalas tidak. Mengapakah ini berlaku? adakah cairan isteri sy terlalu beracid dan adakah ini antara sebab isteri sy masih belum hamil krn usia perkahwinan kami hampir menjangkau setahun. harap membantu.

    BalasPadam
  4. Saya berumur 16 tahun dan mempunyai masalah yg sama tetapi apabila saya kerap garu bintik2 merah itu semakin merebak adakah itu penyakit atau tidak?

    BalasPadam
  5. kne stop beronani la, sya pon ada benjolan kecil pada zakar trima kasih

    BalasPadam
  6. Pada kepala zakar saya ada benjolan kerana terkena gigitan nyamuk , apa yang patutu sayabuat

    BalasPadam
  7. asalamualaikum,,
    saya mau tanya knpa di bagian bawah kemaluan saya ada bintik bintik dok?

    Thanks

    BalasPadam
  8. encik , saya baru terkena gatal pada Zakar dan keluar air bisa , ianya berada ditepi kepala zakar . saya lihat dikulit tu ada seperti bonjolan dan gatal .. cara apa yg boleh saye lakukan ? saya pelajar SPM tahun ini .. stressnyaa .

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Salam.. Umur sya 19.. Sya nak tanya kenapa ada bisul di atas telur zakar dan di kepala zakar ada bintik-bintik kecil.. Macam mana sya hendak hilangkan nya..

    BalasPadam
  11. Assalammualaikum , sya berumur 19 tahun , di kepala zakar saya ada benjolan seperti bintat dan juga ia ada pada batang zakar saya , sya rasa x selesa ketika duduk , berdiri dan waktu nak tidur , ianya sangat gatal . Di buah zakar saya pula mempunyai bintat yang sama dan gatal , bila di picit ia tidak keluatkan apa2 air atau nanah cuma sakiy saje . Adakah ianya penyakit atau tidak menjaga kebersihan? Mohon balas , saya sudah 2 minggu menderita. Terima kasih

    BalasPadam
  12. saya berumur 20 tahun ,saya nak tanya di sekeliling kepala zakar ada bintik bintik merah tetapi saya tidak pernah melakukan hubungan seks .kenapa boleh berlaku seperti begitu? mohon dibalas

    BalasPadam
  13. Salam saya ada benjolan dia bwh ari2 dan pangkal zakar.berwarna merah dan ada keluar sper.adakah saya terkena benda putih sperti dalam jerawat adakah sy terkena penyakit

    BalasPadam
  14. Sy nk tya somi sy ni di bawah perut dia bdekatan dgn dgn zakar dia da biji..tp biji tu 1 je..besar buah pes..klu yg mcm tu da pa yer??

    BalasPadam
  15. Sy nk tya somi sy ni di bawah perut dia bdekatan dgn dgn zakar dia da biji..tp biji tu 1 je..besar buah pes..klu yg mcm tu da pa yer??

    BalasPadam
  16. Sy nk tya somi sy ni di bawah perut dia bdekatan dgn dgn zakar dia da biji..tp biji tu 1 je..besar buah pes..klu yg mcm tu da pa yer??

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum, saya berumur 20 tahun. Terdapat seperti ketulan atau biji berukuran 1cm pada bawah dagu zakar di sebalik kulit. Adakah ianya ketumbuhan? Tiada kesan gatal gatal yang teruk atau tidak selesa. Cuma ingin dapatkan pencerahan dan cara mcm mana untuk lupuskan biji tersebut. Saya risau ianya akan membesar. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Mcm mne slesaikan msalah tu yer? Sy pon ade msalah yg sama.

      Padam
  18. Salam saya nk tnya kenapa naik biji nasi dekat batang zakar saya?

    BalasPadam
  19. Salam..ade Kesan tompokx2 kering dikulit batang zakar saya...saya nak tahu cara untuk menghilangkn tompokx2 itu??

    BalasPadam
  20. Salam...saya mengelami benkak di bahagian bawah kepala zakar dan sakit di bahagian bawah perut apabila ingin tunduk kebawah ia terjadi selepas saya beronani...adakah ini perkara seriuz mohon

    BalasPadam
  21. Salam. Kulit dibawah biji zakat (kulit scrotum) mengalami kering, gatal dan bernanah skrng. Dn ulser dimulut. Adakah ini std?

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum doc??
    Di Bawah sebelah kanan Ada benjolan,apakah ubatnya?

    BalasPadam
  23. salam doc.... sy pun ada masalah yg sama... sy blum berkawin dn blum perna mlkukan hbngan seks... tp bru2 ni zakar sy ada tmbuh bntik2 d kulit bhgian leher zalar sy,wrna merah skit... n kulit zakar sy sllu trasa gatal sngat scra tiba2.... mohon bamtuanya... ada ka ubat atau krim yg perlu sy guna tu smbuhkan... sngat mnyeksakan... gatal sngt ...

    BalasPadam
  24. Salam,saya berumur 40tahun dan sudah berkahwin serta sudah mempunyai 3 orang anak,baru-baru ini,saya mempunyai masaalah,timbul benjolan dibawah kepala zakar saya,bila ereksi terasa sakit dibahagian itu,dan juga terdapat cairan berwarna kekuningan keluar di salur kencing.. harap doc boleh membantu..

    BalasPadam
  25. Salam doc . Saya tidak selalu mlakukan hbungan intim . Tetapi baru2 ni zakar saya tumbuh bintik2 kecil wrna putih di sekitar lengkungan kepala zakar, dan lengkungan tu brwrne merah tk mcm selalu ? Macam mana doc

    BalasPadam
  26. Slmt ptg..saya mengalami kegatalan dan pedih disekitar buah zakar...ianya berwarna merah..apa ulasan doktor?terima kasih..

    BalasPadam
  27. Saya pon sama mcm mna nk hilangkan bintik2 dan hilangkan gatal2 tu

    BalasPadam
  28. Nak tnya .. Batang suami sya dekat hujung kepala tu belah bawah adaacam biji .. Lebih kurang mcam isi lebih ..kenapa ek

    BalasPadam
  29. D sekeliling kepala zakar ad bintik bintik kecik ...kelilingi d kepala zakar ..adakah APA apa atau normal mcm.ni ?

    BalasPadam