Label

KAKI ISTERI CEPAT LENGUH

Soalan

APABILA melakukan seks bersama suami, saya tidak dapat memuaskan nafsu dia ketika berada di atasnya kerana kaki cepat lenguh. Ini merisaukan saya walaupun suami mengaku faham keadaan saya berikutan dia pernah mengatakan lebih suka dan puas apabila tiba giliran saya berada di atas. Apa yang patut saya lakukan untuk memuaskan nafsunya apabila berada di atasnya?

Jawapan

DALAM keadaan terangsang, lelaki yang mencapai klimaks berikutan ereksi berterusan. Namun, paling penting kepada mereka ialah dapat memberi pasangannya klimaks.

Kadangkala, lelaki mencapai klimaks lebih cepat dan itu menyebabkannya tidak berpuas hati kerana gagal memuaskan pasangannya. Jadi kepuasan bukan saja terletak kepada pencapaian kemuncak individu itu tetapi juga memberi kemuncak kepada pasangannya.

Jadi jika anda lenguh dan kelihatan amat tertekan sudah tentu pasangan tidak akan mencapai kemuncak berikutan melihat keadaan anda. Mungkin posisi ini tidak sesuai untuk anda walaupun suami seronok. Cuba posisi lain yang mana anda tidak lenguh ketika berinteraksi dengan pasangan anda.

Mengenai posisi wanita di atas, ada banyak cara wanita itu boleh lakukan jika ingin mengatasinya. Mungkin anda boleh baring di atasnya dan dia yang melakukan hayunan atau dia membantu menggerakkan badan anda tanpa anda menggerakkan kaki. Atau lakukan posisi itu di atas sofa atau kerusi dengan anda di atas dan dia yang menggerakkan badannya. Pendek kata lakukan posisi yang kedua-dua pihak puas.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan