Label

SELUAR DALAM KETAT TEKAN ANGGOTA SULIT

Soalan

SAYA ingin mengetahui cara untuk mengekalkan dan menjaga keseimbangan alat sulit kita dan cara untuk mengekalkan peredaran darah pada alat sulit kita, selain daripada pemakanan?

DIN
Sungai Petani

Jawapan

Seperti anggota tubuh badan yang sentiasa mendapat perhatian dan penjagaan, anggota sulit lelaki juga diberikan perhatian dan penjagaan sepatutnya memandangkan ia satu organ yang paling mustahak kepada lelaki.

Biasa untuk zakar mengeras tanpa apa-apa sebab, walaupun kebiasaannya ereksi berlaku apabila lelaki itu terangsang.

Memakai seluar dalam yang padat dan ketat mungkin tidak sesuai dan adakalanya menekan anggota sulit itu ketika ia mengeras, terutama jika pakaian ketat dipakai waktu tidur.

Anggota sulit juga perlu mendapat perlindungan jika lelaki itu melakukan aktiviti lasak yang memungkinkan ia tercedera.

Daripada aspek penjagaan secara peribadi, bulu roma anggota sulit boleh dibersihkan supaya tidak berselerak yang boleh menggalakkan kehadiran parasit seperti kutu pubik atau kutu kudis buta.

Bulu roma tidak digalakkan dicukur kerana boleh mengakibatkan kulit terdedah kepada kekeringan dan keradangan.

Bulu roma memerangkap kelembapan. Jika hendak mencuci anggota sulit, digalak menggunakan sabun pelembap daripada memakai sabun kosmetik yang mengeringkan kulit.

Jika kulit kering, sudah tentu akan terasa gatal dan jika digaru akan mengakibatkan keradangan kulit yang lambat laun mengakibatkan kulit kelihatan bertompok-tompok dan pudar.

Sapukan krim pelembap kepada anggota sulit setiap kali selesai mengeringkan kulit anggota sulit.

Untuk tujuan penjagaan anggota sulit ke tahap yang cemerlang, digalakkan lelaki menggunakan krim pelembap peribadi VirileTM yang ada dijual di farmasi dan kedai kosmetik.

Krim ini sudah diuji dan didapati memberi kesegaran kepada anggota sulit lelaki. Ia secara langsung meningkatkan keyakinan diri.

Sudah tentu lelaki yang yakin kepada anggota sulitnya akan turut yakin kepada kemampuan batinnya. Krim ini hanya perlu digunakan sedikit dan disapu ke seluruh anggota sulit untuk setengah minit.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan