Label

BUKAN KANSER

Soalan

SAYA berusia 21 tahun. Masalah saya adalah sebelah buah dada saya besar sedikit berbanding yang lagi satu. Ini sangat memalukan dan ia juga menyebabkan saya mengalami kesukaran memilih pakaian kerana sesetengah pakaian akan menyerlahkan tempat yang menonjol itu.

Selain itu, puting pada buah dada itu asyik ke dalam dan ia hanya keluar pada waktu sejuk. Keadaan ini menyebabkan saya berasa susah hati kerana bimbang ia menjadi kanser buah dada lelaki.

Saya berharap doktor boleh menjelaskan semua soalan saya ini, semoga saya boleh mengambil langkah awal untuk mengelakkan ia menjadi lebih serius.

AHMAD SHAH
Arau, Perlis

Jawapan

Buah dada besar di kalangan lelaki dikenali sebagai 'Gynecomastia' atau seakan-akan buah dada wanita. Tidak dinafikan buah dada lelaki mengalami sedikit ketumbesaran ketika lelaki masuk ke peringkat awal baligh, yang mana ketika itu hormon dari pundi adrenal mengeluarkan hormon Mineralocorticoids DHEA yang boleh bertukar kepada hormon testosterone, progesterone dan estrogen.

Hormon progesterone dan estrogen ialah hormon kewanitaan. Hormon estrogen mengakibatkan ketumbesaran salur buah dada dan hormon progesterone menyebabkan ketumbesaran pundi susu.

Bagaimanapun, ketumbesaran itu hanya untuk seketika dan kemudian ia akan terbantut. Kadangkala ketumbesaran itu hanya berlaku kepada satu buah dada, maka akan kelihatan ketidakseimbangan seperti anda alami. Ini bukan perubahan kanser.

Gynecomastia boleh berlaku kepada lelaki yang mengalami kanser buah zakar. Kemungkinan berlaku kanser buah zakar untuk lelaki Asia ialah kurang satu kes dalam sejuta orang setahun.

Ketumbesaran buah dada berlaku akibat tindak balas hormon kewanitaan yang terhasil oleh buah zakar akibat kanser.

Jadi lelaki yang mengalami perubahan kanser buah zakar dapati ketumbesaran buah dada berlaku selepas baligh dan pada usia lebih dewasa. Jadi ini perbezaan antara Gynecomastia akibat baligh dan Gynecomastia akibat kanser buah zakar.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan