Label

PEMBANTU SEKS

Alat rangsangan seksual digunakan jika suami atau isteri tidak upaya.

ALAT pembantu seks bukan baru diguna oleh masyarakat. Ia wujud sejak zaman dulu lagi kerana sebati di dalam kehidupan manusia. Apabila menghadapi masalah kesihatan, kaedah tertentu perlu dilakukan sebagai penyelesaian.

Saya pernah ke Muzium Seks di Berlin, Jerman; Copenhagen, Denmark; Amsterdam, Belanda dan Shanghai, China yang memaparkan beberapa peralatan pembantu seks zaman purba, termasuk daripada tamadun Islam, selain tamadun agama dan bangsa lain.

Alat pembantu seks hanya perlu dalam keadaan tertentu, seperti memberi rangsangan seksual jika suami gagal atau tidak berupaya memuaskan pasangan.

Mungkin apabila keadaan pulih atau semakin baik, penggunaan alat ini boleh dihentikan atau hanya digunakan dari semasa ke semasa untuk keseronokan bersama tetapi atas persetujuan bersama.

Bagaimanapun, masalahnya ialah, kini alat pembantu seks disalahgunakan apabila dijual tanpa kawalan dan untuk kegunaan persendirian. Kadangkala ia digunakan begitu saja, walaupun tidak diperlukan. Malah, ia juga digunakan untuk mendera dan menyeksa pasangan.

Bayangkan alat pembantu seks yang sepatutnya digunakan untuk membantu meningkatkan keintiman di antara pasangan menjadi alat pemisah hubungan.

Individu yang menggunakan alat pembantu seks berisiko ketagih dengan rangsangan tersendiri yang dihasilkan alat itu sehingga tidak lagi memerlukan pasangan untuk berintiman.

Bayangkan lelaki atau perempuan menggunakan alat pembantu seks secara persendirian. Mereka akan terikat dengan amalan yang menyeronokkan itu dan secara langsung akan ketagih dengannya.

Selepas berkahwin, mereka akan mendapati lebih seronok dengan alat berkenaan dan mula kurang mesra dengan pasangan.

Jika rahsia mereka menggunakan alat itu terbongkar, pasti akan mewujudkan rasa tertekan kepada pasangan dan ini akan menghambarkan hubungan keintiman dan boleh berlaku perpisahan.

Pada masa sama, apabila menggunakan alat itu bersama dan pasangan terpaksa bersetuju kerana hendak membantu, lama-kelamaan dia akan berasa tertekan apabila mendapati alat berkenaan menjadi penggantinya.

Jadi alat pembantu seks ini bukan untuk semua dan tidak boleh digunakan sewenang-wenang sebagai alat rutin seks kerana kesan jangka panjang yang tidak sihat.

Pasangan digalakkan mendapat nasihat dan bimbingan pakar atau kaunselor jika mengalami masalah seksual dan jangan mudah terpengaruh untuk membeli alat pembantu seks tanpa bimbingan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan