Label

UJIAN SARINGAN PENYAKIT KELAMIN ISTERI POSITIF

Soalan

SAYA berkahwin tiga tahun lalu dan dikurniakan dua anak. Setiap kali isteri mengandung, dia didapati positif Venereal Desease Research Laboratory (VDRL) tetapi Treponema Pallidum Antigen Test (THPA)nya negatif. Saya juga tiga kali menjalani ujian darah, tetapi semuanya negatif.

KHAIRUL
Sabah

Jawapan

VDRL ialah ujian saringan am untuk mengesan jika seseorang individu itu pernah terdedah dengan jangkitan penyakit kelamin.

Jika ujian itu positif, ujian susulan THPA yang lebih khusus untuk mengesan kuman sifilis akan dilakukan dan jika ujian itu negatif, individu tadi tidak mengalami jangkitan sifilis.

Memang ada banyak sebab ujian VDRL itu boleh menjadi positif, walaupun individu itu sihat atau tidak terdedah kepada kuman sifilis.

Jika ini berlaku, hasil kajian itu dikenali sebagai 'False Positive'.

Ada beberapa penyakit dan jangkitan yang juga memberi ujian VDRL positif seperti penyakit SLE, rheumatoid arthritis, mononucleosis, malaria, HIV, mycoplasma pneumonia, leprosy dan penyakit Lyme.

Jadi anda tidah perlu risau. Anda perlu memaklumkan doktor yang belum periksa isteri anda mengenai perkara itu, iaitu VDRLnya positif tetapi ujian khas THPA negatif.

Sehubungan itu, isteri anda tidak perlu mendapat rawatan yang tidak diperlukan lagi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan