SENTUHAN adalah satu keajaiban yang dianugerahkan Tuhan kepada makhluk-Nya yang mana melalui sentuhan, dua individu dapat berinteraksi dan berkomunikasi.
Ada pelbagai jenis sentuhan seperti sentuhan kasih sayang antara ibu bapa dan anak, sentuhan muhibah antara rakan serta sentuhan emosi untuk memberi perangsang atau melahirkan rasa simpati.
Ada juga sentuhan yang merangsangkan. Ini ialah sentuhan intim yang mencetuskan perasaan syahwat yang bergelora dan memberi nikmat apabila mana-mana pasangan bersentuhan dan berinteraksi secara intim, walaupun tiada hubungan seksual penetrasi.
Hubungan seksual intim mustahak sebagai pengikat kasih sayang dan membina kemesraan antara pasangan lelaki dan wanita serta memberi banyak manfaat kepada sesuatu pasangan.
Apabila individu itu tidak lagi mendapat sentuhan, tiada lagi interaksi dan keintiman.
Sentuhan keintiman seksual membabitkan sentuhan kepada anggota tubuh yang merangsangkan syahwat, termasuk keseluruhan kulit, terutama di alat seksual seperti kemaluan dan payu dara lelaki dan wanita.
Namun, ia tidak terhad di situ saja kerana bahagian lain juga berupaya membangkitkan syahwat atau erotik seperti bibir, lidah, bahu, leher dan kelengkang.
Perlu diingatkan yang hubungan initim seksual boleh berlaku tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj dan ini dikenali sebagai hubungan intim seksual tanpa penetrasi dan jika berlaku penetrasi, hubungan itu dikenali sebagai bersetubuh atau penetratif.
Untuk melakukan hubungan penetratif, sesuatu pasangan itu perlu mempunyai fungsi anggota seksual sihat yang memudahkan hubungan penetratif dilakukan dengan selesa. Jika ereksi zakar lelaki mencukupi, mudah untuk melakukan penetrasi.
Dengan rawatan moden sedia ada, ereksi yang kurang mantap dapat dimantapkan kembali.
Sebagai contoh, jika pembukaan faraj wanita sempit dan kering, hubungan penetrasi yang sepatutnya menyeronokkan akan menjadi menyakitkan jika terus dipaksa. Dengan kelembapan yang diperoleh daripada krim atau jeli pelembap, masalah kesat dapat diatasi.
Jika hubungan seksual penetratif tidak dapat dilakukan atas sebab kesihatan, hubungan keintiman masih dapat dilakukan berdasarkan keinginan pasangan lelaki dan wanita kerana menyentuh serta menggesel anggota tubuh badan tertentu dapat merangsang dan memberi keseronokan.
Tidak salah jika anggota kemaluan disentuh dan digesel, asalkan sampai hajat untuk menikmati sentuhan intim syahwat.
Sentuhan memang satu hikmah yang kini semakin dilupai manusia. Sentuhan memberi semangat dan perangsang syahwat untuk lelaki dan wanita yang menginginkannya. Justeru, tiada sebab hubungan keintiman antara lelaki dan wanita yang berumur tidak boleh dilakukan kerana jika tidak dapat melakukan hubungan seksual penetratif, sentuhan tubuh badan dan belaian juga memberi keseronokan sama.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan