Pesakit menjadi letih, lesu dan sudah pasti tidak mudah terangsang
SAYA pernah disoal, adakah demam kuat boleh menyebabkan masalah tenaga batin kepada lelaki? Secara saintifik, jarang masalah lemah tenaga batin berlaku akibat demam, tetapi kemungkinan ia berlaku secara kebetulan tetap ada.
Bayangkan keadaan seseorang yang demam. Mereka menjadi letih, lesu dan sudah pasti tidak mudah terangsang. Jadi hubungan kelamin tidak dapat dilakukan untuk beberapa lama dan selepas baik pula, perasaan lemah dan kurang tenaga masih wujud.
Tidak hairanlah jika seseorang lelaki itu mendapati dia tidak lagi 'bertenaga' selepas diserang demam kuat dan perjalanan darah dalam otot zakar juga kurang lancar.
Jika terangsang, ereksinya tidak mantap dan mudah mengalah. Malah, sesetengah lelaki mendapati sukar melakukan gerakan daripada satu posisi ke satu posisi lain ketika bersetubuh, mengakibatkan ereksi mengalah atau gagal.
Masalah menjadi lebih rumit jika tiada keyakinan dan kekuatan semangat, sekali gus akan memberatkan lagi pencapaian ereksi.
Berdasarkan pengalaman saya, lelaki yang menghadapi masalah ereksi akan cepat panik. Mereka akan cuba mengatasinya dalam tempoh secepat mungkin, termasuk tindakan yang membahayakan kesihatan seperti mengambil ubat tanpa berjumpa doktor atau mendapat rawatan tradisional seperti mengurut.
Sebenarnya kemantapan ereksi tertakluk kepada kemasukan darah yang mencukupi ke dalam otot zakar. Di samping itu, darah perlu kekal di dalam otot dan ini dipastikan oleh otot lantai pelvis atau otot kemutan yang sentiasa mantap dan dalam separa cengkam.
Selain itu, apabila ereksi berlaku, biasanya darah dalam salur vena zakar akan terperangkap. Apabila ia tidak berlaku, darah tidak kekal dalam otot dan ereksi kendur apabila darah terkeluar.
Kajian mendapati kemampuan ereksi tertakluk kepada tahap kesihatan yang mantap dan amalan gaya hidup sihat. Usia juga mempengaruhi kemampuan ereksi, selain kedudukan salur darah dan metabolisma lemak. Kedua-dua ini pasti terganggu apabila seseorang lelaki melepasi usia 40 tahun.
Penyakit yang ada kaitan dengan penuaan seperti kencing manis, penyakit koronari dan tekanan darah tinggi juga mempengaruhi fungsi syahwat.
Rawatan dengan ubat tertentu untuk penyakit darah tinggi dan kencing manis juga memberi kesan negatif secara tidak langsung kepada ereksi.
Jika lelaki itu mengalami kelemahan otot kemut, senaman kemutan perlu dilakukan. Ini boleh dilakukan dengan merapatkan kedu-dua paha dan mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing serentak dan dilakukan sebanyak 50 kali sehari.
Ketika mencengkam otot kemut, tahan nafas antara lima hingga 10 saat. Ini akan melangsingkan otot itu.
Saya syorkan kepada mereka yang mengalami masalah lemah tenaga batin, mati pucuk atau lemah syahwat atau disfungsi erektil, berjumpa doktor dan bukan tukang urut. Jangan membazir duit.
Bayangkan membayar beratus ringgit hanya untuk zakar dijentik dan didera. Tidak masuk akal!
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan