Label

UJIAN TENTU KESUBURAN

MASALAH kesuburan adalah masalah pasangan kelamin. Jangan berfikiran kolot kononnya kesuburan isu sensitif dan perlu disembunyikan.

Hakikatnya, masalah kesuburan perlu dikendalikan bersama. Pasangan harus berjumpa doktor untuk bimbingan dan pemeriksaan.

Bimbingan doktor, termasuk maklumat mengenali waktu subur wanita dan amalan hubungan kelamin untuk tujuan merancang mendapat anak, perlu diberi perhatian dan difahami pasangan lelaki dan wanita.

Ini kerana, untuk mendapat anak, pasangan itu perlu melakukan hubungan kelamin kerap pada waktu subur wanita, manakala wanita perlu pastikan air mani tidak melimpah daripada faraj.

Berikutan itu, selepas bersetubuh, wanita perlu melegakan bukaan faraj supaya air mani mendap ke dalam faraj. Wanita juga tidak bergerak, berjalan atau mencuci kemaluan menggunakan bahan pelicin kerana bahan itu boleh membunuh sperma.

Di samping menjelaskan perkara yang boleh meningkatkan kesuburan, ujian asas untuk lelaki dan wanita perlu dilakukan. Ujian air mani mustahak untuk lelaki dan jika normal, ujian susulan tidak perlu dilakukan.

Jika ujian air mani pertama tidak normal, ujian susulan perlu dilakukan dua atau tiga minggu kemudian dengan sekurang-kurangnya tiga ujian untuk meneliti profil dan corak sperma daripada segi bilangan, pergerakan dan rupa bentuk benih.

Jika ada kekurangan, pemeriksaan fizikal dan ujian tahap hormon kesuburan atau FSH (Follicular Stimulating Hormone) dilakukan untuk kepastian tahap hormon berkenaan.

Jika kurang atau sebaliknya, rawatan khusus hormon FSH diberikan. Rawatan lain termasuk rawatan dengan ubatan herba yang diuji keberkesanannya untuk mengatasi kekurangan sperma.

Ubat herba seperti 'Tribestan' dan ekstrak Tongkat Ali seperti 'Nu-Prep 75' (sila rujuk www.drismailtambi.com) didapati berkesan untuk sebilangan lelaki.

Lelaki yang pernah mendapat anak tidak semestinya kekal kesuburannya.

Pemeriksaan awal untuk wanita ialah untuk mengenal pasti kemampuannya menghasilkan 'ova' atau telur. Kini banyak kes wanita didapati mengalami masalah telur tidak cukup membesar, walaupun dapat menghasilkan atau 'merekrut' banyak telur dalam sampul telur.

Masalah ini dikenali sebagai 'PolyCystic Ovarian Disease' dan wanita yang mengalaminya mempunyai profil badan yang gempal dengan bulu roma lebat.

Jika wanita itu tiada masalah pengeluaran telur, pemeriksaan seterusnya mengenal pasti salur telur dan rahim. Ujian dilakukan melalui x-ray yang dikenali 'Hysterosalpingography'. Pemeriksaan lain pembedahan kecil dikenali 'Laparoskopi'. Alat teropong dimasukkan di bawah pusat ke dalam perut melalui lubang kecil untuk meneliti anggota peranakan wanita dengan lebih jelas.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan