Label

JADI IBU MASIH DARA

MEMANG kebiasaan mana-mana pasangan yang berkahwin berhajatkan kehamilan. Namun perkara ini hanya boleh berlaku apabila pasangan berkenaan menyempurnakan hubungan seksual penetratif.

Ada pasangan tidak dapat melakukan hubungan itu dan malu berjumpa doktor, tetapi mereka tiada pilihan jika hendakkan anak.

Bagaimanapun perlu diingatkan, pada masa sama ada kes yang di luar dugaan berlaku seperti wanita yang jahil mengenai seks hamil, walaupun zakar belum menembusi faraj.

Saya pernah mengendalikan kes seperti ini, yang mana satu pasangan kelamin yang baru berkahwin berjumpa saya kerana isteri lewat datang haid dan ujian kehamilannya positif, walaupun mereka tidak pernah melakukan hubungan penetratif.

Mereka keliru bagaimana perkara itu boleh berlaku. Selepas mereka menjelaskan cara hubungan intim yang dilakukan, baru saya faham dan dapat menjelaskan keadaan sebenar yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Apa yang sebenarnya berlaku setiap kali suami mengakhirkan adegan sentuhan intim terhadap isterinya, dia akan melepaskan air maninya di kelengkang isteri dan air mani itu dibiarkan meleleh.

Ini mengakibatkan isteri mengandung apabila lelehan air mani menuju ke pembukaan faraj dan bercampur dengan air mazi isteri dan dengan kuasa Tuhan, kehamilan berlaku. Walhal wanita itu masih dara!

Yang menjadi masalah ialah, ketika hamil, hubungan kelamin mungkin terhenti seketika dan akan dilakukan kembali selepas isteri bersalin dan tamat waktu berpantang.

Jangkaan pasangan ialah selepas bersalin secara normal dengan pengeluaran bayi melalui faraj, kini faraj menjadi sedikit renggang dan mudah dilegakan untuk membolehkan hubungan penetratif dilakukan.

Bagaimanapun, jangkaan itu nyata meleset. Wanita itu masih takut untuk melakukan hubungan seksual, sekali gus menyebabkan masalah sama berulang apabila wanita itu tidak dapat menyesuaikan dirinya untuk bersetubuh.

Hubungan mereka akan menjadi hambar dan boleh menggugat rumah tangga kerana suami mungkin meminta perpisahan apabila masih tidak dapat bersama isterinya, walaupun selepas bersalin.

Tanpa bimbingan dan rawatan doktor, perkara ini tidak akan dapat diatasi.

Berbalik kepada pasangan yang mendapat rawatan dengan saya, wanita terbabit selamat melahirkan anak lelaki dan setahu saya, wanita itu kemudian dapat melakukan hubungan seksual penetratif dengan suaminya selepas mendapat bimbingan dan tunjuk ajar cara mengawal dan membuka faraj untuk memudahkan kemasukan zakar.

Wanita itu terpaksa menggunakan zakar palsu untuk melatih faraj menerima zakar dan selepas itu baru dia berasa yakin boleh melakukan hubungan penetratif dengan suami.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. Apa risiko dia untk melahirkn baby dlm keadaan masih dara?

    BalasPadam