Soalan
SAYA suka beronani setiap kali mandi, walaupun mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu. Setiap kali mengadakan hubungan seks, kelainan kepuasan itu terasa berbeza dengan perbuatan onani dilakukan. Apabila beronani klimaks cepat, tetapi bila bersama isteri agak lama untuk mencapai klimaks. Apakah saya kurang subur atau kurang rangsangan daripada isteri?
FARHAN
Ipoh
Jawapan
NIKMAT ketika merangsang anggota syahwat secara sendiri berbeza dengan yang dikecapi ketika bersama pasangan. Kepada yang biasa dengan amalan onani dan selesa dengan teknik sendiri merangsang syahwat, mereka lebih seronok dengan perbuatan itu.
Ada juga pengamal onani yang lebih selesa dan ghairah ketika persetubuhan dengan pasangan berikutan mereka hanya melakukan onani apabila mengalami tekanan syahwat dan melakukannya untuk melepaskan nafsu bersetubuh.
Kepada lelaki yang cepat klimaks ketika beronani, dia yang mengawal pergerakan dan sentalan kepada zakar. Tentu dia tahu bahagian zakar yang sensitif dan menumpukan geselan di situ.
Perkara sebaliknya berlaku apabila dia melakukan hubungan seksual dengan pasangan kerana rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh. Justeru, dia perlu tumpukan kepada sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan. Ini memakan masa dan kadangkala membosankan pasangan jika terlalu lama dan ia juga meletihkan.
Ini bukan masalah kesuburan atau masalah kurang rangsang dengan pasangan. Ini berlaku kerana, walaupun seronok dan terangsang dengan isteri, individu itu tidak dapat rangsangan yang mampu mencetuskan klimaks yang dia biasa dengan cara amalan onani.
Mungkin jika dia mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang memudahkannya klimaks, perkara dialaminya dapat diatasi. Memang mustahak untuk pasangan kelamin berkerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan hubungan intim yang lebih mengghairahkan dan bukan hanya sekadar melakukannya tanpa perasaan.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan