Label

UJIAN PAP SMEAR SELAMAT KETIKA HAMIL (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 26 tahun dan mempunyai seorang anak. Saya pernah menjalani ujian Pap smear sebanyak dua kali.

Keputusan ujian pertama mendapati ada bakteria akibat keputihan yang saya alami dan saya diberikan ubat. Enam bulan kemudian, saya menjalani ujian kali kedua. Keputusan juga tidak baik iaitu doktor menyatakan keputusan saya kurang normal.

Bagaimanapun, dia tidak mengatakan saya menghidap kanser. Pada April 2013 ini, saya dikehendaki menjalani ujian lagi dan jika keputusan tetap sama, kemungkinan saya akan dirujuk kepada doktor pakar untuk tindakan selanjutnya.

Namun baru-baru ini, saya hamil cuma tidak pasti sudah berapa bulan kerana seingat saya, tarikh akhir saya didatangi haid pada Disember 2012.

Bagaimana dengan keadaan kandungan saya kini memandangkan laporan ujian saya sebelum ini kurang normal? Adakah kandungan saya turut terjejas? Adakah ujian Pap smear yang sepatutnya saya jalani April ini nanti boleh ditangguh sehingga selepas saya bersalin?

Kam
Kuala Lumpur

ANDA tidak menyatakan maksud sebenar kurang normal pada laporan Pap smear anda itu, jadi saya tidak dapat menjawab dengan lebih lanjut mengenai kesannya terhadap kandungan anda.

Berkemungkinan apa yang anda alami adalah peradangan (inflamasi) serviks. Sekiranya peradangan ini disebabkan jangkitan kuman, rawatan antibiotik lazimnya akan diberikan dan ujian Pap smear lazimnya diulangi kira-kira empat hingga enam bulan setelah jangkitan terbabit dirawat.

Jika anda bebas daripada jangkitan tetapi peradangan masih ada, mungkin doktor akan melakukan pemeriksaan atau ujian lebih terperinci contohnya menggunakan prosedur kolposkopi ke atas serviks anda. Tiada masalah kesihatan atau gangguan kepada kandungan jika anda menjalani ujian Pap smear sewaktu kehamilan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan