Label

BIMBANG SPERMA LEMAH KESAN PIL PERANCANG

Soalan

ADAKAH kualiti sperma seseorang lelaki itu menurun atau rosak apabila dia pernah mengambil pil perancang kehamilan wanita bertujuan mencantikkan kulit wajah? Selain itu, adakah apabila berkahwin nanti jika dia mempunyai anak akan mengalami kecacatan akibat 'kelemahan' sperma itu?

JEJAKA RISAU

Jawapan

Ada sesetengah lelaki 'metroseksual' memakan pil perancang keluarga untuk perempuan dengan tujuan mengurangkan tekanan hormon testosterone lelaki dan pada masa sama mengurangkan 'acne' atau jerawat di muka. Pil perancang keluarga yang dikaitkan itu ialah jenis pil mengandungi hormon 'estrogen' dan hormon 'anti-testosterone', iaitu Cyprosterone Acetate.

Memang hasratnya untuk memiliki kulit muka yang cerah dan halus termakbul, tetapi perkembangan semangat kelelakiannya terbantut seketika.

Ini termasuk kilang sperma dan penghasilan testosterone. Bagaimanapun, kesan Cyprosterone Acetate tidak kekal. Apabila lelaki itu tidak mengamalkannya lagi, semua sistem semangat kelelakiannya akan kembali.

Kilang sperma akan menjadi aktif, termasuk juga penghasilan hormon testosterone. Justeru, anda tidak perlu khuatir.

Pil perancang itu tiada kesan kekal kepada lelaki, tetapi ini tidak bermakna anda perlu makan pil untuk tujuan itu.

Ada banyak cara lain dan yang lebih mujarab. Pakar kulit anda boleh membantu.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan