Label

MINAT LELAKI BERKULIT CERAH

Soalan

SAYA pelajar berusia 22 tahun. Sejak usia saya 11 tahun, saya mengalami kekeliruan jantina. Buat pengetahuan, saya anak bongsu dan lebih rapat dengan adik-beradik perempuan dan ibu kerana ayah sudah tiada.

Saya pandai dan suka melakukan kerja perempuan seperti memasak dan mengemas selain suka berhias, termasuk bersolek. Lebih teruk lagi, saya berasa ghairah pada lelaki dan kerap berfantasi apabila melihat lelaki kacak yang berkulit cerah.

Bagaimanapun, pada masa sama, saya mempunyai seorang teman wanita yang sangat saya sayangi kerana ketinggian ilmu agamanya. Namun, dia tidak tahu mengenai masalah saya.

Saya akui kami sering bermasalah kerana saya tiada 'common sense' seperti menunjukkan rasa cinta saya kepadanya.

Saya tidak mahu kehilangan seseorang yang begitu berharga kepada saya hanya kerana naluri saya yang abnormal ini.

Adakah terapi di Malaysia yang boleh selesaikan masalah ini atau adakah cara lain seperti mengambil suntikan hormon?

MAT DON
Kuala Lumpur

Jawapan

Kesedaran seksualiti dan gender adalah proses berterusan. Justeru, tidak menghairankan jika terdengar individu yang jantinanya lelaki tetapi beranggapan dia perempuan yang terperangkap di dalam tubuh lelaki.

Dalam hal kekeliruan gender, cara perawatannya lebih kepada bimbingan dan memberi masa mencukupi sebelum satu tindakan diambil, seperti prosedur penukaran jantina, yang mana hanya dilakukan selepas beberapa tahun menjalani bimbingan dan penilaian oleh pakar berkaitan.

Anda kini sedar anda lelaki yang selama ini terdedah kepada perwatakan dan sifat keperempuanan, maka anda terikut-ikut sehingga anda menjadi keliru jantina dan sifat sebenar.

Memandangkan anda berminat kepada perempuan bukan sekadar untuk mengikut perwatakan mereka, malah untuk berdampingan dengan mereka seperti lelaki yang ingin tahu mengenai perempuan, keadaan itu secara langsung menggambarkan yang anda lelaki tulen dan prihatin.

Anda lelaki yang menempuhi pelbagai cabaran hidup yang hampir meletakkan anda dalam situasi atau keadaan yang dikenali sebagai 'disforia gender'. Anda nyaris masuk dalam alam homoseksualiti kerana pernah berfantasikan lelaki tertentu, tapi kesedaran diri mengembalikan anda ke jalan lurus.

Anda berjaya mengatur kembali matlamat hidup anda sebagai lelaki dengan menaruh hati kepada perempuan. Menambah hormon kelelakian 'testosterone' tidak akan membuat anda menjadi lelaki lebih tulen kerana anda ada hormon itu dengan banyak dalam usia semuda ini.

Yang anda perlukan ialah sokongan diri dan penetapan minda yang anda lelaki dan bangga anda mempunyai wawasan hidup sebagai lelaki tulen. Semoga anda berjaya dalam matlamat hidup anda.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan