Label

SUAMI JARANG BERKOMUNIKASI (SAKIT TUAN)

Soalan

SAYA baru memasuki tahun ketiga berumahtangga dan sekarang mempunyai seorang cahaya mata perempuan. Masalah saya dan suami ialah, kami jarang berkomunikasi dan saya rasa itu antara punca hubungan seksual kami hambar.

Saya jenis yang suka berbual, manakala suami pendiam dan tidak suka ditanya sama ada hal kerja atau seharian. Saya mula berasa kenapa saya mesti layan 'kehendak' dia, sedangkan dia tidak melayan saya berbual.

Dia juga tidak faham ketidakselesaan saya ketika 'bersama' kerana dia tidak mahu berbincang mengenainya. Sekarang dia sering merungut untuk tidak mempedulikan saya jika saya tidak mahu 'melayannya'. Macam mana saya hendak melayan jika dia hanya tahu berseronok tanpa mempedulikan kehendak saya?

IBU AZI
Klang, Selangor

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

SAYA pasti puan dan suami menjalani kursus praperkahwinan yang mandatori itu. Mungkin puan dan suami perlu mengimbas semula setakat mana maklumat serta tunjuk ajar daripada kursus itu dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi.

Ini mungkin satu daripada kelemahan kursus kerana tiada susulan selepas berkahwin. Mungkin puan dan suami tidur ketika kursus itu. Ini biasa berlaku kerana ketika itu kedua-dua hanya seronok untuk berumahtangga dan dapat sijil sudah mencukupi.

Puan dan suami perlu sedar, anda berdua perlu berbaik semula dan jangan gunakan hubungan seksual sebagai benda untuk dipertarungkan.

Sikap memang sukar hendak diubah, tetapi dengan kebijaksanaan puan, benda yang keras itu dapat dilemahkan.

Itu kelemahan lelaki. Jika masih buntu juga, elok jumpa doktor atau kaunselor.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan