Label

KAKI KEJANG

Soalan

SUAMI saya mengalami kekejangan keterlaluan di kedua-dua betis setiap kali kami berjimak. Kadangkala saya terpaksa mengurut betis sebab keadaan suami yang tidak berdaya dan kesakitan. Bagaimanakah caranya untuk mengurangkan masalah suami saya?

ARNI
Kuala Lumpur

Jawapan

Ketika lelaki terangsang, keseluruhan otot badan separa tegang, selain pernafasan dan degupan jantung meningkat.

Ini kerana ketika memposisikan badannya untuk bergerak ketika persetubuhan, otot badan akan mencengkam dan aktif.

Ini memerlukan peraliran darah dan tahap Electrolyte serta kalsium tinggi. Jika zat itu kurang, mudah untuk dia mengalami kekejangan. Ia bukan perkara luar biasa.

Kadangkala ia sangat menyakitkan dan syorkan suami anda amalkan bersenam untuk kekuatan otot dan makan makanan seimbang dengan zat galian dan vitamin.

Bahagian mudah kejang diurut supaya takungan asid laktik dihapuskan. Jika masalah masih berlaku selepas membuat semua yang saya syorkan itu, lebih baik berjumpa pakar orthopedik kerana bimbang ada masalah lain.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan