Label

GATAL HINGGA HILANG NAFSU

Soalan

SAYA lelaki berusia 42 tahun dan mempunyai tiga anak, masing-masing 20, 19 dan sembilan tahun. Isteri saya berusia 45 tahun dan kami berkahwin selama 21 tahun.

Saya mempunyai masalah gatal pada keseluruhan kemaluan yang tidak pernah sembuh sejak berusia 12 tahun. Ketika berusia 18 tahun, penyakit gatal ini mengubah kulit kemaluan saya menjadi kebas secara tiba-tiba. Disebabkan hilangnya sensitiviti kulit menyebabkan hilangnya sebahagian besar nafsu seks saya. Ini kerana ketika mengadakan hubungan seks dengan isteri, kulit kemaluan saya tidak geli apabila bergesel dengan dinding faraj. Saya hanya mencapai klimaks disebabkan sentuhan kulit selain daripada bahagian kemaluan serta daya imaginasi saya. Namun, sejak dua hingga tiga tahun belakangan ini nafsu seks saya menurun dengan ketara sekali. Kadangkala kemaluan saya tidak mengalami ereksi. Kalau ereksi pun, ia akan layu pada pertengahan jalan.

Saya yakin ketidakmampuan saya mengadakan hubungan seks disebabkan penyakit itu.

FAIZ
Kuala Lumpur

Jawapan

Jarang penyakit kulit menyebabkan kekurangan rasa, kecuali urat saraf tergendala atau rosak seperti berlaku kepada pesakit kusta atau Leprosy. Itupun Leprosy jarang berlaku kepada kulit anggota sulit.

Bahagian anggota sulit lelaki yang mengandungi banyak urat saraf dan merangsangkan ialah penghujung zakar, 'frenum' atau cantuman kulit antara kepala zakar dan batang zakar, 'septum' atau cantuman kulit di bawah zakar selain kerandut buah zakar.

Selain bahagian itu, pundi prostat juga memerangsangkan jika disentuh daripada belakang kerandut buah zakar atau bahagian yang dikenali sebagai 'G-Spot' lelaki, manakala puting lelaki juga sensitif.

Pendek kata, lelaki boleh mencapai klimaks secara mental, fantasi, rangsangan puting, sentuhan, zakar-penghujung dan bahagian septum, selain G-Spot. Anda perlu mencuba jika hendak menghidupkan kembali keseronokan syahwat dengan pasangan.

Apabila umur meningkat, syahwat menurun, sama juga dengan kemampuan mencapai rangsangan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan