Label

CECAIR KUNING MELELEH

Soalan

SAYA mengalami masalah zakar yang mengeluarkan cecair berwarna kuning seperti nanah, tetapi cair dan tidak berbau. Ia keluar meleleh di lubang zakar. Adakah ia memudaratkan? Saya masih bujang dan masalah ini membuatkan saya bingung dan resah.

HEYROL
Johor Bahru

Jawapan

Salur kencing lelaki sentiasa lembap akibat lelehan yang keluar daripada pundi yang wujud dalam mukosa yang menyelaputi salur kencing. Cecair ini membuatkan mukosa lembap dan menghalang salur itu daripada terkandas atau melekat.

Cecair itu berlaku apabila seseorang lelaki terangsang, mengakibatkan cecair itu keluar daripada lubang kencing. Ketika itu bayak darah masuk ke dalam otot zakar, menyebabkan mukosa meluas dan memerlukan cairan lebih.

Apabila ereksi mengendur, lebihan cairan itu akan terkeluar sebagai air mazi. Jarang berlaku cairan keluar seperti yang anda alami, kecuali anda menghidap jangkitan akibat hubungan kelamin rambang.

Jangkitan Gonorrhea berlaku dalam masa 24 jam selepas bersetubuh apabila cairan kuning keluar dengan bayaknya daripada salur kencing. Jangkitan ini berbau dan perlu mendapat rawatan doktor.

Jangkitan dengan kuman virus Chlamydia menghasilkan lelehan kekuningan beberapa hari selepas bersetubuh dan cairan yang keluar itu sedikit melekit, tapi tidak berbau.

Jika dibiarkan, jangkitan itu boleh melarat dan menjangkiti pasangan lain. Jadi anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajarnya.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

3 ulasan:

  1. saya baru mengalami , selain dari berjumpa pakar adakah cara lain untuk merawat ?

    BalasPadam
  2. Saya mengalami keluaran cecair yg sentiasa meleleh dihujung zakar. Cecair warna jernih akan keluar walaupun telah dibasuh. Saya amat kurang selesa dengan keadaan begini terutama apabila ingin menunaikan solat. Persoalannya, adakah solat saya sah kerana cecair ini keluar sedikit-sedikit tanpa kita sedari.

    BalasPadam
  3. salam. sy juga mengalami masalah yg sama spt diatas.. boleh x sarankan kepada sy doktor pakar sekitar kajang dan bangi yg boleh sy jumpa.. bantuilah sy.. saya sangat risau dgn keadaan ini. sy mengharapkan feedba ck dr and a.. email: apit2302@gmail.com

    BalasPadam