Label

CEPAT KLIMAKS

AZIZ sudah berkahwin lima tahun. Namun, dalam tempoh yang panjang mengenali dan mendampingi isteri, dia menghadapi masalah kerap tewas ketika melakukan hubungan seks.

Mengapa ini berlaku? Kajian menunjukkan dua daripada setiap tiga lelaki cepat klimaks. Bagaimanapun, berikutan lelaki masih mampu melakukan hubungan kelamin walaupun cepat klimaks, perkara ini jarang dipertikaikan, kecuali pasangannya merungut.

Biasanya pada peringkat awal persetubuhan, lebih 90 peratus lelaki cepat klimaks. Apabila berusaha meningkatkan daya kawalan ejakulasi, kebanyakan mereka akan berjaya, walaupun kadangkala ada kegagalan.

Ada lelaki masih berjaya mengekalkan ereksi walaupun selepas terpancutnya air mani (ejakulasi) dan ini mencukupi untuk memberi kepuasan kepada pasangan kerana boleh menerima kelembapan lebih hasil daripada klimaks suami.

Hanya segelintir masih kekal dengan masalah mereka (cepat klimaks) dan keadaan menjadi ketara apabila mereka berasa tertekan dan lama kelamaan mengalami Disfungsi Erektil (gagal mencapai ereksi/ketegangan) pula apabila pasangan mendesak.

Beberapa pendekatan boleh dilakukan lelaki untuk menangani masalah cepat klimaks. Ini tertakluk kepada kemampuan. Jika tidak dapat penyelesaian juga, mereka disyorkan berjumpa doktor untuk rawatan.

Untuk permulaan, mereka boleh kerap melakukan hubungan seksual kerana kali kedua atau ketiga, daya kawalan daripada ejakulasi menjadi lebih mantap. Kata orang, jika kerap buat, daya kawalan lebih tinggi. Jika jarang buat, kawalan tiada.

Ketika bersetubuh, mereka perlu memasukkan ereksi dalam keadaan kemut dengan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing, selain menggerakkan zakar dalam faraj dengan keadaan kemut.

Geselan perlu dilakukan dengan melebihkan geselan pangkal zakar bahagian atas ke langit faraj. Lagipun, langit faraj mengandungi bahagian dikenali sebagi G-Spot yang memudahkan wanita mencapai klimaks jika terkena geselan.

Selain itu, lelaki boleh menggunakan cincin tambat zakar yang kini banyak di pasaran. Fungsi cincin ini ialah mengalih tumpuan minda kepada cengkaman cincin. Keadaan ini secara tidak langsung mengetepikan perasaan seronok.

Apabila sampai ke peringkat lelaki hendak ejakulasi, tumpuan minda beralih kepada zakar pula, sekali gus menyebabkan ejakulasi. Selain kawalan sendiri, ada juga dengan cara ubat. Untuk itu anda perlu berjumpa doktor.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan