Label

KENCING BERDARAH

Soalan

SAYA pemuda berusia 21 tahun. Setiap kali buang air kecil, ada darah dalam bentuk ketulan. Apakah ini menandakan penyakit serius? Apakah perlu saya berjumpa pakar?

AMIR
Ipoh

Jawapan

Jika darah keluar dengan air kencing, perkara ini perlu diselidik. Situasi ini dikenali sebagai 'Hematuria' atau kencing berdarah. Jika ketika buang air kecil terasa sakit dan kelihatan darah keluar daripada salur kencing, ia mungkin akibat luka dalam salur kencing atau batu karang yang kebetulan terkeluar dan menggesel salur kencing.

Jika tiada sakit, ia mungkin pendarahan dalam pundi kencing atau di bahagian atas lagi seperti buah pinggang atau salur ureter.

Secara am, Hematuria boleh berlaku secara mengejut, seperti selepas melakukan senaman ketara atau hentakan kepada buah pinggang. Penting untuk tahu puncanya kerana rawatannya berbeza.

Jika ia akibat luka, rawatan untuk luka perlu. Ujian air kencing dan kultur air kencing perlu dibuat bagi mengetahui kuman yang menyebabkan keradangan itu dan rawatan antibiotik yang spesifik diberi.

Jika akibat ketumbuhan, pemeriksaan susulan perlu. Justeru, lebih baik anda segera berjumpa doktor.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

3 ulasan:

  1. hai . .mw tnya . .sy baru pegi mdical cek tdi . .and doktor ckap sy menghidapi kencing berdarah . . tpi kencing sy tidak pula merah . . dktor tu ckp lg semingu datang cek balik . .adiii bingung . . . jd mw minta bantuan admin apa yg boleh sya buat dlm semingu ney . .klw tda lulus tda dpt laa sya nak sambung pelajaran sya. .huhu tolongg . .!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kehadiran darah di dalam air kencing sebenarnya lebih kepada tanda bagi masalah kesihatan anda dan ianya mendasari penyakit yang anda hidapi.Perkara terbaik yang harus anda lakukan ialah segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya anda melihat darah di dalam air kencing.Ini penting kerana ianya dapat membantu menyembuhkan penyakit yang anda hidapi.

      Padam
  2. Salam. Waktu bangun tidur pagi tadi,saya kencing berasa nyilu.Lepas tu saya kerap kencing setiap 10 minit. Waktu mandi,saya dapati kencing saya berdarah. Tak pernah perkara ni berlaku jadi saya panic. Apa sebabnye?

    BalasPadam