Label

ENGGAN KECEWAKAN ISTERI

Soalan

SAYA baru melangsungkan perkahwinan kira-kira dua bulan lalu. Seperti lelaki lain, saya memang mempunyai naluri melakukan hubungan seks dengan isteri. Bagaimanapun, keinginan itu terhalang berikutan zakar saya sukar untuk menegang.

Contohnya, jika malam ini saya bersetubuh dengan isteri, pada malam berikutnya saya tidak mampu melakukannya. Keadaan ini amat mengecewakan saya.

Saya gagahkan untuk bersetubuh kerana tidak mahu mengecewakan isteri. Pelik juga kerana saya baru berusia 30 tahun.

Buat pengetahuan doktor, saya kerap sengal di sendi jika mengambil minuman berais. Selain itu selepas ejakulasi, kadang-kadang sendi lutut sakit dan saya pernah jatuh terduduk (punggung terhentak kuat), tetapi tidak memberi masalah pada tulang dan urat.

ZAM MD
Kelantan

Jawapan

EREKSI boleh berlaku pada bila-bila masa, baik lelaki muda ataupun tua. Bezanya cuma tahap kekerasan dan kepadatan ereksi itu saja.

Lelaki muda dapat mencapai ereksi padat dan keras dengan cepat berbanding lelaki tua. Begitu juga dengan kekerapan ereksi.

Kekerapan dan tahap ereksi juga bergantung kepada tahap kesihatan, persediaan minda yang mudah terangsang dan kedudukan emosi. Dalam keadaan letih tentu sukar mencapai ereksi.

Seks adalah aktiviti memerlukan tenaga. Jika seseorang itu tidak aktif dengan sebarang aktiviti fizikal, dia akan penat selepas bersetubuh dan jika mahu mengulanginya, dia perlu mengambil masa.

Jika masalah itu ada kaitan dengan keletihan, tahap kecergasannya perlu ditingkatkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, mengawal pemakanan, berat badan, tidak merokok, tidak mengambil alkohol dan jauhi tekanan.

Jika masih tidak berkesan, berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Mengambil minuman berais tidak melemahkan tenaga syahwat, tetapi jika kerap membuang air kecil atau besar, ia memang boleh mengganggu pencapaian ereksi.

Sakit sendi dan otot selepas bersetubuh adalah perkara biasa bagi individu yang baru mula melakukan persetubuhan. Ia bukan penyakit, cuma kelesuan tubuh anggota akibat tekanan seks tadi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan