Label

ISTERI TIADA MOOD

Soalan

SAYA mempunyai isteri berusia 31 tahun. Apa yang membimbangkan saya ialah dia sering dingin seks terhadap saya. Apabila ditanya, alasannya ialah tiada mood.

Saya amat kecewa dengan jawapannya itu. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah berkenaan? Ada atau tidak sebarang ubat untuk membolehkan isteri saya bernafsu semula?

HAZAMI
Bandar Utama, Petaling Jaya.

Jawapan

AKTIVITI seksual adalah hubungan intim yang mengeratkan kemesraan suami isteri dan sudah tentu menyemarakkan hubungan silaturahim mereka. Jika ada masalah dalam hal hubungan seksual, perkara berkenaan tidak boleh dibiarkan dan perlu dipulihkan.

Ia boleh dilakukan dengan cara sendiri yang memerlukan kerjasama suami isteri atau bimbingan kaunselor yang mahir dalam hal hubungan intim. Hubungan seksual memerlukan kerjasama suami isteri dan masing-masing perlu memainkan peranan.

Suami tidak wajar melepaskan tanggungjawab mengurus rumah kepada isteri. Dalam keadaan itu isteri letih dan tertekan, sudah tentu suasana seronok untuk berasmara tiada.

Jika sama-sama menjalankan peranan sudah tentu tiada tekanan kepada mana-mana pihak dan suasana menjadi aman tenteram. Selain kerjasama dalam pengurusan rumah tangga, komunikasi antara pasangan memainkan peranan mengeratkan kemesraan.

Bayangkan keadaan sebelum berkahwin betapa rapat dan mesra kerana dapat berkomunikasi. Keadaan berbeza selepas berbulan madu dan terutama selepas mempunyai anak. Jarang berinteraksi dan berkomunikasi dan lama-kelamaan perasaan mesra menjadi pudar. Sehubungan itu, hubungan seksual tidak lagi seperti dulu.

Dalam keadaan letih dan tanpa perasaan isteri atau suami berasa dirinya tertekan tidak dapat memainkan peranan ketika melakukan hubungan seksual kerana hubungan seksual membosankan atau menjadi rutin.

Masalah seksual boleh berlaku dengan isteri yang mengalami perasaan dingin (tiada mood) dan suami mengalami masalah ereksi atau cepat klimaks dan ia memberatkan lagi hubungan serta menekankan rumah tangga mereka.

Kebanyakan pasangan kelamin jarang berbincang mengenai hubungan seksual. Mereka lebih suka menilai atau memikirkan kehendak pasangan daripada berbincang. Dalam keadaan sedemikian mereka melakukan sesuatu yang mungkin tidak sesuai untuk mencapai matlamat penilaian sendiri.

Misalnya, suami berfikir isterinya tidak seronok bersetubuh kerana zakarnya kecil atau isteri berfikir pasangannya tidak melakukan hubungan seksual kerana suami tidak terangsang dengannya lagi.

Berfikiran sedemikian tidak boleh disamakan dengan komunikasi, malah boleh menggugat suasana rumah tangga.

Saya syorkan pasangan yang mengalami masalah keintiman bermuafakat dan bersama menyelesaikan masalah dengan baik.

Jika keadaan tidak mengizinkan kerana kedua-duanya menyimpan perasaan negatif, elok bertemu pembimbing untuk kaunseling. Sekiranya ada masalah kesihatan, kaunselor boleh merujuk mereka kepada pakar.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan