Soalan
SAYA mendapati kulit zakar saya ada lubang halus yang mempunyai ketulan kecil berwarna hitam di dalamnya. Apakah ia sebenarnya? Adakah ia normal?
INGIN TAHU
Johor
Jawapan
ADA pembukaan pundi yang menghasilkan sebum atau cecair pelembap kulit penghujung zakar. Takungan cecair ini boleh menjadi pekat dan keras serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Bagi lelaki yang berkhatan, pundi terbabit akan terpotong dan cecair pelembap ini tidak akan kelihatan. Sememangnya tujuan berkhatan untuk mengekalkan kebersihan zakar lelaki.
Kadang-kadang salur pundi atau pundi yang menghasilkan cecair pelembap sebum itu masih kekal kerana cecair itu tidak dapat bertakung di bahagian lekuk penghujung zakar.
Apabila ia kering dalam penghujung salur dan jika dipicit akan menghasilkan benda keras atau biji berwarna hitam yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Jadi anda tidak perlu bimbang kerana ketulan kecil atau biji yang anda maksudkan itu adalah cecair pelembap yang sudah kering.
Bagi mengelakkan bau, lubang kecil itu perlu dipicit untuk mengeluarkan biji hitam itu. Bagaimanapun, masalah ini hanya berlaku pada sesetengah lelaki saja.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
adakah lubang2 halus pada kulit zakar boleh ditutup balik?saya juga mgalami mslah y sama...lubang halus itu seolah-olah bekas jahitan dulu..Ia menyebabkan seminggu sekali perlu membersihkan lubang-lubang itu..boleh bagi penjelasan??terima kasih..
BalasPadam