Label

BAHAYA TAHAN EJAKULASI

Soalan

SETIAP kali mengadakan hubungan seks bersama isteri, saya memancutkan air mani di luar dan bukannya di dalam faraj. Tindakan ini boleh membuatkan ereksi di zakar saya dapat bertahan lama. Adakah perbuatan ini boleh mendatangkan kemudaratan?

Dengan cara itu saya boleh mencapai klimaks lagi dan ketika ejakulasi pada kali kedua, saya mengeluarkan air mani menggunakan tangan. Adakah perbuatan ini selamat dan bolehkah ia menyebabkan mati pucuk?

Selain itu, boleh doktor berikan cara pemakanan atau amalan yang boleh mengekalkan kekuatan dalam hubungan seksual?

LAN71
Kuala Lumpur

Jawapan

APA yang anda lakukan itu adalah satu daripada kaedah merancang keluarga yang dikenali sebagai al-Azal. Lelaki yang mengamalkan kaedah berkenaan perlu mempunyai daya kawalan ejakulasi yang kukuh yang mana air mani tidak boleh terpancut ke dalam faraj.

Kajian yang pernah dibuat di Pakistan mendapati kadar lelaki negara berkenaan yang menghidap penyakit kencing kotor meningkat berbanding mereka yang tidak mengamalkan kaedah merancang keluarga konvensional itu.

Ia berlaku akibat menahan pengeluaran air mani ketika dalam keadaan klimaks sehingga air mani termasuk ke dalam pundi kencing. Jika ada kuman dalam salur kencing, ia juga akan termasuk ke dalam pundi kencing dan membiak sehingga pundi kencing mengalami keradangan dan lelaki itu mengalami masalah kencing kotor!

Ada perbezaan jika air mani dikeluarkan dengan tangan. Cara itu memerlukan lelaki terbabit menarik zakar keluar dari faraj sebelum klimaks dan dirangsang dengan tangan sehingga klimaks.

Cara itu tidak menjadi masalah jika isteri anda puas, tetapi jika zakar dicabut ketika isteri belum mencapai klimaks, tentu ia akan mengecewakan isteri. Apa yang penting, sebelum mengamalkan kaedah itu, anda dan isteri perlulah berbincang dan bermuafakat demi kenikmatan hubungan seks.

Hubungan seks memerlukan tenaga dan keselesaan. Kedua-dua ini ada kaitan dengan jalinan hubungan yang baik dan amalan gaya hidup sihat. Pastikan pengambilan makanan seimbang dengan vitamin dan zat galian yang mencukupi, lakukan senaman secara berkala, elak merokok dan mengambil minuman keras dan elakkan tekanan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan