Soalan
JIKA air mani itu jernih dan tidak berwarna, adakah ia tidak sihat dan tidak mengandungi sperma? Jika ini berlaku, bagaimana peluang untuk mendapatkan zuriat?
NIMO
Melaka
Jawapan
AIR mani mengandungi dua hingga lima peratus benih dan 60 peratus cecair daripada pundi seminal. Selebihnya adalah dari pundi prostat serta sedikit daripada pundi Cowpers dan pundi salur kencing.
Kebiasaannya warna air mani putih, kelabu, sedikit kekuningan dan kadang-kadang jernih. Jadi, warna air mani bukanlah tanda kesuburan. Paling mustahak kandungan sperma dalam air mani. Jika ada sperma, maka lelaki itu tidak mandul.
Setiap lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma dalam setiap satu mililiter air mani. Ini termasuk kira-kira 40 peratus sperma aktif dan 30 peratus sperma berbentuk normal. Kedudukan dan keadaan sperma juga tidak menentu. Kadang-kadang pengeluarannya sedikit dan di waktu yang lain, ia lebih banyak dari yang dijangka.
Jika anda baru berkahwin dan merancang mendapatkan anak tetapi tidak ada sebarang tanda dalam masa setahun, anda bersama isteri perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.
Anda pula perlu menjalani ujian air mani. Jika air mani normal, anda tidak perlu bimbang kerana itu menandakan ia mengandungi sperma.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan