Label

SUKAR KAWAL KENCING

Soalan

SAYA berusia 33 tahun dan belum berkahwin. Sejak akhir-akhir ini saya sering terjaga malam untuk membuang air kecil. Adakah ia sesuatu yang normal?

Saya juga tidak boleh menahan kencing terlalu lama dan boleh menyebabkan perut saya sakit. Sekiranya menahan kencing, perut saya seperti masuk angin dan selepas membuang air kecil, saya akan kentut. Adakah ini tanda masalah prostat?

Saya pernah membaca mengenai saw palmetto, sejenis bahan yang membantu lelaki bermasalah prostat dan sistem pembuangan bagi lelaki berumur 50 tahun ke atas. Bolehkan saya mengambil vitamin yang mengandungi bahan ini walaupun saya belum berusia 50 tahun?

HAIRIL
Damansara

Jawapan

KENCING kerap, biasa untuk semua individu jika minum banyak dan dalam cuaca sejuk.

Jika suatu ketika dulu, kekerapan melakukan onani dan lama tidak melakukannya, pundi prostat di hujung pundi kencing boleh mengembang ketika lelaki itu terangsang dan menyempitkan salur kencing. Keadaan ini menekan pundi kencing dan memberi perasaan hendak membuang air kecil.

Ini boleh berlaku bila-bila masa jika rangsangan syahwat kerap dan tiada kelegaan seperti mengeluarkan air mani (onani). Perkara ini jarang berlaku kepada lelaki yang sudah berkahwin dan mereka yang melakukan onani secara berterusan.

Selain itu banyak sebab lain yang membuatkan seseorang itu ingin membuang air kecil secara kerap seperti keradangan pundi kencing akibat jangkitan pada pundi kencing. Kadangkala usus yang mengembang akibat angin juga memberi tekanan kepada pundi kencing dan apabila lelaki itu sudah membuang angin atau membuang air besar, pundi kencing tidak rasa tertekan dan dia berasa lega.

Ada juga keadaan dikenali sindrom pundi kencing meragam atau 'irritable bladder syndrome'. Lelaki mengalaminya akan berasa kerap ingin membuang air kecil. Ini berlaku apabila lelaki itu berasa resah dan jika dia dapat mengawal perasaan gelisah itu, perasaan hendak membuang air kecil juga terkawal.

Lelaki mempunyai pundi prostat mengembang, secara langsung memberi tekanan kepada pundi kencing, akan berasa selesa jika dia mengambil herba saw palmetto, ekstrak daripada pokok Mexican dwarf palm. Jika sudah memakan herba ini dan tiada kesan, elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. jika sesiapa ada maslah kencing sakit, kencing xlawas, kerap kencing, pm saya untuk membantu anda

    0136240955(ulfa)

    BalasPadam