Soalan
SAYA berusia 35 tahun dan mengalami satu masalah yang agak membimbangkan. Setiap kali saya membuang air kecil selepas melakukan hubungan seks, saya dapati air kencing saya bercampur darah. Ia mengambil masa beberapa hari sebelum pulih seperti sedia kala.
Akibat masalah itu, saya takut untuk melakukan hubungan seks dengan isteri. Saya bimbang perkara ini akan merenggang hubungan kami suami isteri.
Apakah yang sebenarnya terjadi kepada saya dan apakah yang boleh saya lakukan?
LIZAM
Kuala Lumpur
Jawapan
KENCING berdarah selepas bersetubuh memang merunsingkan lelaki yang mengalami masalah itu. Ia seolah-olah menggambarkan kerosakan dalam salur kencing akibat ejakulasi.
Sememangnya ejakulasi itu dinamik dan memberi tekanan kepada salur kencing akibat perjalanan air mani yang begitu deras dalamnya dan sedikit sebanyak akan mengembangkan saluran itu dan menyentap bahagian yang sempit dalam saluran kencing yang biasanya ada di bahagian penghujung lubang kencing.
Jadi tidak hairan jika ada luka di bahagian penghujung salur kencing yang berdekatan penghujung zakar yang akan terasa pedih atau perit seketika. Apabila lelaki itu membuang air kecil, perjalanan air kencing akan menggesel tempat luka itu dan mengakibatkan pengeluaran darah!
Apabila luka itu pulih keadaan menjadi normal kembali, kecuali selepas bersetubuh, yang mana perkara itu akan menjadi balik!
Masalah kencing berdarah selepas bersetubuh perlu dirujuk kepada doktor atau pakar urologi dan kemungkinan lelaki itu perlu menjalani pemeriksaan yang komprehensif.
Jika doktor berpendapat pemeriksaan lanjut perlu dilakukan, mungkin pemeriksaan dengan menggunakan alat urethroscope dan cystoscope untuk mengenal pasti gejala luka itu dapat dikesan.
Berdiam diri dan merana berseorangan bukan caranya dan ini boleh menjejaskan hubungan silaturrahim dengan pasangan jika tidak berbuat apa-apa.
Jika perkara itu berlaku akibat kesempitan salur kencing di bahagian pengeluaran pancutan air mani atau pembukaan sistem ejakulatory, bahagian yang sempit itu perlu dilonggarkan dengan alatan pelonggar atau 'dilators'.
Buat temujanji untuk berjumpa pakar urologi secepat mungkin atau sila rujuk ke Institut Urologi, Hospital Besar Kuala Lumpur atau mana-mana Unit Urologi di hospital kerajaan serta swasta.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan