Label

OTOT KREMESTER BERBEZA

Soalan

ADAKAH normal bagi lelaki mempunyai buah zakar yang tidak sama besar? Begitu juga dengan zakar yang membengkok ke atas ketika ereksi. Adakah ia normal dan boleh berfungsi dengan mantap?

MALINJA
Selangor

Jawapan

KEDUDUKAN buah zakar dalam kerandut memang tidak seimbang. Ia adalah semula jadi kerana otot tampungan buah zakar, iaitu otot kremester berbeza dengan buah zakar kiri dan kanan.

Dalam kajian yang dilakukan, kira-kira 60 peratus kedudukan buah zakar sebelah kiri lebih ke bawah berbanding kanan, manakala 40 peratus adalah sebaliknya. Jarang sekali kedua-dua buah zakar akan berada pada kedudukan sama kecuali dalam keadaan suhu sejuk kerana kerandut buah zakar akan mencengkam.

Zakar ketika menegang atau ereksi memang akan melengkung ke atas dan kadang-kadang kedudukannya tidak lurus. Ia adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang. Begitu juga dengan kedudukan faraj yang juga tidak lurus. Ia melengkung untuk memudahkan kemasukan zakar.

Namun, jika zakar membengkok sehingga sukar untuk ditusuk ke dalam faraj sewaktu persetubuhan, anda perlu berjumpa doktor. Masalah itu boleh diatasi dengan pembedahan atau penggunaan alat penarik otot zakar seperti Andropenis.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan