Label

TAK SEIMBANG PERKARA BIASA

Soalan

BUAH zakar sebelah kiri saya melurut ke bawah dan terdapat seakan-akan gumpalan di dalamnya. Adakah ini normal?

Seperkara lagi bagaimana hendak memilih seluar dalam sesuai sama ada yang betul-betul ketat atau longgar sedikit? Adakah seluar pendek atau boxer short lebih sesuai?

SHARQUE
Kuala Lumpur

Jawapan

KEDUDUKAN kedua-dua buah zakar dalam kerandut sememangnya tidak seimbang.

Memang buah zakar sebelah kiri dilihat lebih kerap ke bawah berbanding di sebelah kanan. Jarang kelihatan buah zakar yang seimbang.

Selain kerandut buah zakar, ia ditampung otot kremester, begitu juga dengan zakar yang ditampung ligamen 'suspemsory'. Jadi, kemungkinan buah zakar atau zakar terlurut ke bawah tidak akan berlaku.

Seluar dalam longgar dan selesa seperti boxer short memang sesuai supaya buah zakar dan zakar tidak tertekan.

Gumpalan yang didapati atas buah zakar itu adalah salur darah yang kembang. Ia dikenali sebagai varikosel dan biasa kelihatan pada buah zakar sebelah kiri.

Gumpalan itu jarang membesar atau mengembang dan jika berlaku, kadang-kadang akan terasa senak.

Jika bukan masalah varikosel, anda tidak perlu bimbang.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan