Label

KENCING TIDAK TUS, KOTOR

Soalan

SAYA mengalami masalah kencing tidak tus sejak tujuh tahun. Selain itu, sejak empat tahun lalu saya mengalami masalah kencing kotor pula. Maksudnya, setiap kali saya membuang air kecil, ada cecair putih yang keluar daripada zakar dan ia mengambil masa yang lama untuk kering.

Dalam masa yang sama, saya mengalami masalah sukar menahan kencing. Masalah ini membebankan saya sehingga terpaksa memakai kondom untuk mengelakkan air kencing terkena pakaian.

M NUR
Kuala Lumpur

ISTILAH kencing tidak puas atau tidak tus lazimnya dikaitkan dengan masalah perjalanan air kencing ketika individu itu membuang air kecil. Kebiasaannya apabila air kencing itu keluar, pintu pembukaan pundi kencing terbuka dan otot pundi kencing akan lega.

Bagaimanapun, sekiranya pada bahagian tertentu salur kencing menjadi sempit, perjalanan air kencing menjadi tersekat-sekat. Jika ada radang pundi kencing, kelegaan otot pundi kencing mengakibatkan rasa kurang selesa dan individu itu terasa seolah-olah masih ada air kencing lagi dalam pundi kencing!

Jika masalah yang anda hadapi agak kronik, anda dinasihatkan merujuk kepada pakar untuk mengenal pasti masalah sebenar supaya rawatan yang lebih mujarab dapat diberi doktor.

Cairan lendir berwarna jernih atau kelabu itu ialah lelehan daripada pundi yang ada dalam mukosa salur kencing yang mungkin mengalami keradangan sehingga pengeluarannya banyak dan luar biasa. Ia sebenarnya bukan 'lelehan kotor' tetapi dikenali sebagai lelehan air mazi dan bukannya najis.

Dalam keadaan biasa lelehan itu akan keluar secara sederhana untuk melembapkan salur kencing untuk memudahkan perjalanan air kencing. Bagaimanapun, pengeluarannya menjadi lebih banyak apabila ejakulasi berlaku.

Lelehan berlebihan berlaku apabila pundi berkenaan mengalami rangsangan akibat rangsangan seksual. Jika ini berlaku agak ketara, ia dikenali sebagai 'resdung zakar'!

Bagi lelaki yang kerap mengalami kencing tidak tus, pundi yang menghasilkan lelehan ini mengembang secara luar biasa dan menghasilkan lelehan berlebihan.

Jika mahu mengelakkan pengeluaran cairan yang ketara dari lubang kencing, anda perlu pastikan setiap kali selepas membuang air kecil, lurutkan salur kencing beberapa kali sambil mengemut sekali saja.

Jika ada lelehan yang tercicir, lapkan dengan tisu dan jangan mengemut lagi. Lelehan berkurangan atau berhenti terus. Berikutan ia hanya lelehan air mazi, jadi tidak perlu menukar pakaian kerana air mazi bukanlah najis.

Kini ada sejenis alat penutup salur kencing yang boleh digunakan untuk menutup salur kencing dari luar untuk tujuan menunaikan sembahyang. Alat ini boleh didapati dari laman www.drismailtambi.com tidak lama lagi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

2 ulasan:

  1. salam doktor...
    bkn bermaksud untuk merendahkan pengetahuan agama doktor tetapi hanya menjalankan tanggungjawab seorang islam...
    dalam petikan diatas doktor ada menyatakan air mazi bukanlah najis.
    saya ingin membetulakn di sini bahawa air mazi adalah najis dan tidak boleh dibawa sembahyang.Wallahualam...

    untuk rijukan lanjut

    lawati:http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/21/air-mazi-najis-jadi-seks-oralblowjob-hukumnya/

    BalasPadam
  2. Tuan,

    Setuju dgn Tanpa Nama di atas,
    air mazi = najis
    air mani = bkn najis

    Walaubagaimanapun, tq atas info perubatan.

    Sekian

    BalasPadam