Label

KELUAR CECAIR KETIKA BUANG AIR BESAR

Soalan

SETIAP kali membuang air besar, ada cecair seperti air mani akan keluar melalui zakar saya. Namun, selepas saya mengalami 'mimpi basah' tidak lama selepas itu, ia tidak lagi keluar. Adakah ia sesuatu yang normal?

DNERD
Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Jawapan

LELAKI yang mengalami mimpi basah menandakan sistem reproduktif boleh berfungsi dengan baik. Ia juga menandakan zakarnya sudah mencapai tahap tumbesaran normal dan boleh berfungsi sehingga ke akhir hayat jika dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan kronik.

Apabila lelaki terangsang, pengaliran darah ke zakar meningkat, begitu juga di prostat, seminal dan cowpers. Cecair jernih yang keluar dari salur kencing itu ialah air mazi yang dihasilkan pundi yang terdapat dalam salur kencing.

Cecair yang sama dan bercampur cecair dari pundi cowpers dan prostat akan keluar apabila lelaki itu meneran atau mengemut ketika membuang air besar atau air kecil. Kekerapan pengeluaran cecair berkenaan kurang apabila pundi itu tidak lagi terangsang. Apa yang anda alami adalah normal dan bukannya penyakit.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan