Label

TERLALU CEPAT KLIMAKS

Soalan

SAYA sudah berkahwin tiga bulan lalu, tetapi setiap kali mengadakan hubungan seks dengan isteri, saya mengalami masalah klimaks terlalu cepat.

Ini membuatkan saya dan isteri melakukannya sekali lagi kerana tidak puas. Bagaimanapun, saya perlu berehat seketika sebelum bersama kembali. Kebiasaannya hubungan kali kedua itu saya boleh bertahan lama dan kami sama-sama puas.

Cuma yang merungsingkan saya ialah kenapa saya sukar bertahan dalam hubungan seks yang pertama?

NAZROL
Negeri Sembilan

Jawapan

SEBAHAGIAN besar lelaki yang melakukan hubungan seks mendapati mereka mudah sangat klimaks walaupun belum cukup bersedia. Ini membuatkan mereka cemas dan tertekan terutama jika isteri mereka mula bersuara mengenai ketidakpuasan yang berlaku kepada hubungan itu.

Bagi isteri, apabila suami klimaks ia bermakna suami sudah puas. Bagaimanapun, mereka tidak sedar bahawa suami masing-masing sebenarnya turut belum cukup puas dengan hubungan seks yang dilakukan itu.

Lelaki yang masih bertenaga dan mahu mencuba bersetubuh kali kedua akan mendapati mereka dapat mengawal ereksi dengan lebih lama serta lebih puas. Bagaimanapun, tidak ramai lelaki yang sanggup menunggu untuk mencapai ereksi kedua.

Masalah cepat klimaks sudah banyak kali dibicarakan. Masalah utamanya ialah kerana daya kawalan ejakulasi tidak kukuh. Jika lelaki yang mengalami masalah ini dapat mengawal ereksi ke tahap yang padat dan ejakulasi akan berlaku tepat pada masanya.

Jika tidak, anda boleh menggunakan getah penambat yang diikat pada pangkal zakar. Dalam keadaan sebegitu zakar dengan ereksi padat tidak mudah tewas kerana keadaan sedikit kurang selesa itu dapat mencegah klimaks sehingga lelaki itu sendiri mahukannya.

Selain itu, kaedah mengemut boleh dipraktikkan dengan menggerakkan zakar di dalam faraj dalam keadaan kemut (seperti menahan membuang air kecil atau besar).

Krim pengebas juga boleh disapu pada hujung zakar yang begitu sensitif. Bagaimanapun, hanya 30 peratus saja yang berjaya dengan kaedah ini.

Anda juga boleh menggunakan ubat melambatkan klimaks seperti Sertralin (Zoloft) atau ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra dan Cialis (tetapi perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu). Ia tidak melewatkan ejakulasi tetapi dapat membantu mencapai ereksi kedua dalam masa yang singkat.

Selain berusaha memanjangkan masa intimasi, sentuhan dan belaian dapat membantu melegakan tekanan kepada kedua-dua pihak. Jika masih buntu juga, segeralah berjumpa doktor.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan: