Label

TAK TAHAN LAMA SEJAK AMBIL UBAT SAKIT JANTUNG

Soalan

SAYA duda berusia 71 tahun dan baru mengahwini seorang janda berusia 35 tahun. Sejak mengambil ubat sakit jantung, nafsu seksual saya berkurangan dan ereksi zakar tidak bertahan lama kecuali pada masa tertentu seperti pada waktu pagi atau bila terasa ingin kencing. Apakah puncanya?

Isteri saya pernah melahirkan anak melalui pembedahan. Kini dia sudah mengandung dan bolehkah dia bersalin secara normal?

Sejak mengandung, isteri saya juga tidak mahu melakukan hubungan seks dan tidak mahu bermesra dengan saya. Boleh doktor perjelaskan kenapa isteri bersikap dingin?

LELAKI VETERAN
Johor

Jawapan

BAGI lelaki yang berusia seperti anda, risiko untuk mengalami disfungsi erektil (DE) adalah 70 hingga 75 peratus. Ini kerana sebahagian besar penyakit boleh berlaku kepada individu yang berumur. Antaranya kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung, kencing tidak lawas atau masalah pundi prostat (pundi bengkak dan menyempitkan salur kencing).

Jika baru mengalami sakit jantung, masalah disfungsi erektil belum ketara dan hubungan seksual masih boleh dilakukan. Apabila kemasukan darah ke dalam otot zakar tidak mencukupi, zakar menjadi kendur dan seterusnya menggagalkan hubungan seks.

Jadi cara yang sesuai untuk meningkatkan pengaliran darah ke dalam zakar ialah dengan menggunakan pam vakum atau mendapat suntikan ubat pengembang salur darah (seperti Caverjet) yang akan disuntik ke dalam otot zakar setiap kali lelaki itu hendak bersetubuh.

Pengambilan ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra atau Cialis juga antara langkah yang berkesan. Bagaimanapun, lelaki terbabit perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu untuk memastikan ubat itu selamat (kebetulan tidak sesuai untuk mereka yang makan ubat jantung yang mengandungi nitrate).

Wanita mengandung mudah letih dan lesu. Itu membuatkan mereka tidak berminat untuk melakukan hubungan seks kecuali untuk menunaikan kewajipan mereka terhadap suami. Selain daripada itu mereka tidak mudah terangsang.

Bagi yang pernah mengalami keguguran, hubungan seks seperti satu trauma dan amat ditakuti kerana khuatir akan mengalami keguguran lagi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan