Label

LEMAH SELEPAS BEDAH

Soalan

BEBERAPA bulan lalu, saya menjalani pembedahan di hospital kerajaan kerana kencing tidak lawas. Apa yang merunsingkan saya, selepas pembedahan dan rawatan susulan, zakar saya gagal menegang seperti dulu lagi.

Bagaimanakah, masalah ini boleh berlaku, adakah berkaitan pembedahan berkenaan. Bolehkan ia pulih seperti sediakala?

KAMIL
Kuala Terengganu

Jawapan

MASALAH kencing tidak lawas atau tidak tus memang perkara merunsingkan lelaki dan perempuan serta perlu dirujuk kepada doktor bagi penyelesaian.

Kebiasaannya doktor menjalankan ujian kencing bagi mengenal pasti sama ada individu mempunyai jangkitan salur kencing yang termasuk pundi kencing. Bagi lelaki yang berumur, masalah kencing tidak tus mungkin akibat masalah bengkak pundi prostat.

Secara amnya, masalah kencing boleh menimbulkan gangguan ereksi. Dalam keadaan kesakitan atau ketidakselesaan, susah buat lelaki itu terangsang dan minat melakukan hubungan seksual menurun.

Lelaki yang pernah menjalani pembedahan pembuangan pundi prostat, kemungkinan boleh mengalami masalah mati pucuk. Ini kerana urat saraf yang mengawal ereksi tercedera dalam prosedur pembedahan.

Pembedahan prostat yang lebih selamat daripada kecederaan urat saraf adalah pembedahan pundi prostat dengan prosedur 'nerve sparing'.

Masalah kencing tidak tus memang menyulitkan dan mengganggu ereksi malah, lelaki yang mengalaminya perlu merujuk kepada doktor bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan