Label

ISTERI LAMBAT CAPAI KLIMAKS

Suami perlu arif terhadap sentuhan, belaian intim.

Soalan

SETIAP kali mengadakan hubungan seks, isteri saya mengambil masa yang begitu lama untuk mencapai klimaks. Kadang-kadang ia memberi tekanan kepada saya.

Adakah dia mempunyai penyakit dan apakah kaedah yang boleh digunakan supaya dapat membantu dia cepat mencapai klimaks?

SUAMI PRIHATIN
Selangor

Jawapan

SUDAH menjadi fitrah manusia mempunyai naluri seksual dan syahwat untuk melakukan hubungan seks. Sentuhan, cumbuan dan belaian amat penting untuk menimbulkan rasa ghairah sebelum bersama-sama menikmati keseronokan dalam persetubuhan.

Tidak dinafikan kadang-kadang wanita itu tidak ada 'mood'. Namun dia tetap melakukan hubungan seks dengan suami atas rasa tanggungjawab dan itu mengakibatkan dia tidak akan mencapai klimaks. Kadang-kadang mereka melakukan hubungan seks kerana rindukan suami. Jadi, klimaks seolah-olah tidak penting baginya.

Ini jelas menunjukkan wanita yang melakukan hubungan seks dengan suami adalah atas pelbagai sebab dan pencapaian klimaks mengikut keadaan.

Kajian menunjukkan sebilangan besar wanita tidak mencapai klimaks, tetapi kebanyakan mereka berasa selesa dan puas dengan pasangan masing-masing.

Wanita yang ingin menghayati klimaks perlu mengenali anggota tubuh badannya yang mudah memberi rangsangan kepadanya dan mendorong pasangan melakukan belaian dan sentuhan yang diidamkan dan boleh mencetuskan klimaks.

Wanita sebenarnya seronok dengan belaian dan sentuhan intim. Lelaki perlu arif dengannya dan kerap melakukannya supaya isteri terangsang dan mudah mencapai klimaks apabila persetubuhan mula dilakukan.

Sentuhan dan belaian yang dilakukan kepada anggota badan wanita yang boleh mencetuskan keghairahan perlu mengikut panduan wanita itu. Panduan buku mungkin tidak berkesan, yang mustahak ialah wanita itu memberi panduan kepada suami mengenai bahagian tubuhnya yang suka untuk diberi belaian dan rangsangan. Dengan cara sedemikian mudah untuk wanita itu mencapai klimaks.

Ada beberapa posisi tertentu dalam persetubuhan yang dapat memberi klimaks yang cepat bagi sesetengah wanita. Contohnya posisi wanita di atas dapat memberi kebebasan kepadanya menggerakkan tubuh untuk memudahkan pencapaian klimaks.

Begitu juga dengan sentuhan oral yang dapat meningkatkan keghairahan wanita sehingga sampai ke kemuncak walaupun zakar belum lagi dimasukkan ke dalam faraj.

Wanita yang mahukan keseronokan lebih dan sentuhan yang lebih intim perlu bekerjasama dengan pasangan untuk berinteraksi dengan bebas, selesa dan meyakinkan. Perasaan takut, sakit, tidak selesa dan memaksa tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada kedua-dua pasangan.

Semasa melakukan hubungan seks, komunikasi adalah paling penting. Luahkan kepada suami jika apa yang dilakukannya membuatkan isteri berasa selesa dan seronok. Jika boleh, galakkan suami jika mahukan sentuhan yang lebih merangsangkan supaya mudah mencapai klimaks.

Kerjasama adalah penting dalam hubungan seksual suami isteri. Ia adalah suatu interaksi yang membina apabila kedua-dua pihak mencapai hasrat, sama ada kepuasan batin atau klimaks.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

2 ulasan: